## Hiburan dalam rumah
Pengamatan saya dari pendidikan dari mak ayah kita dan kehidupan zaman kecil saya, sangat sedikit akses pada hiburan. Alhamdulillah keterbatasan ini sangat baik untuk pendidikan. Gangguan hati dan fokus kurang terganggu. Dahulu kita tidak perlu baca buku teruk-teruk tapi insyaaAllah hati sangat terang, mudah meresap ilmu.
Namun kini banyak faktor mempengaruhi hati anak-anak.
Mungkin kerana terlalu banyak faktor hiburan kita suapkan dan bebas biarkan mereka lihat dan dengar tanpa polisi yang jelas.
Masih jelas dalam ingatan zaman kecil saya, setiap malam Jumaat, bertemankan lampu picit, ramai menuju ke rumah saya yang antara awal ada televisyen, beramai-ramai kami menonton cerita P.Ramlee.
Beberapa tahun kemudian, nak tengok filem hindustan pula tapi dalam keadaan takut-takut dengan mak ayah. Dengar sahaja bunyi pagar berkeriuk, tv terus dimatikan, tak sempat tengok hindustan. Keadaan ini sangat baik kerana ia tidak mengeraskan hati si anak.