Monday, 23 December 2013

Bicara Hati: Allahyarham Ahmad Ammar

Bicara Hati Ayahanda En. Ahmad Azam: Wawasan untuk Ammar


Kami pun sendiri tidak benar-benar mengenalinya hinggalah beliau tiada.. 
Allah buka segala kebaikan..
Alhamdulillah ramai yang teransang...

Membentuk Wawasan Ammar - Formula


Ketika umur 16 thn...saya telah beri wawasan kepada beliau. 

Tak perlu kawal, Wawasan itu akan jadi panduan untuk beliau. 
Bila beliau faham ia akan dilaksanan sungguh2 tanpa perlu kita pantau..

1. Wawasan Ummatik

Hidup kamu utk umat. Rezeki kami ada nanti Allah jamin.
Kamu utk Allah & Rasul. Islam agama berwawasan.

RAHMATAN LIL'ALAMIN


Nabi & umat rahmat sekelian alam...
Apakah rahmat Allah tersebar telah tersebar seluruhnya??
Ini visi umat Nabi..Misi global...Sebarkan rahmat.
Dari lahir sehinggalah berumur 15 tahun ..

Ammar dididik seperti kanak-kanak yang biasa namun kelebihannya 
Beliau seorang yang all rounder  & seorang yang book-worm..

KHAIRA UMMAH
 

Kita umat terbaik..
Adakah kita umat yang baik? 
"Tidak...maka ini visi kamu jadikan kita terbaik!"

MISI KHALIFAH 
Dari taski..Seri Abim..Sek Men Agama Bestari
15 tahun diberi didikan agama..

16 tahun ke Maktab Tentera
dan saya lihat alhamdulillah, formula ini menjadi..

Apa penghalang kita tak jadi hebat?
Selagi kuasa besar dikuasai bukan Islam..
Kita tak boleh takluk dunia..
Surah Ar-Rum ayat 3:

pertembungan 2 kuasa besarr..
Berakhir dgn kemenangan Rom (constantinople)-Istanbul..takluki dunia 800 thn

Dia faham...

dan sempat pergi ke beberapa negara semasa misi keamanan bersama Global Peace Mission..

Hadis sohih Imam Ahmad
<Kamu akan kuasai kota Constantinople dan akan kuasai dunia>

Dibuktikan Sultan Muhammad Al-fateh...sebarkan Islam..sejak 1924 kuasa besar dunia x izinkan..
Siapa yg kuasai Istanbul dia akan kuasai dunia..
 

Amar..kamu mesti jadi sebahagian dari sejarah..
Kamu kena jadi pakar sejarah dlm bidang Khilafah Uthmaniah..!!


Ammar dari aliran sains, tapi kenapa sejarah?

Dia perlu kaji sejarah..beri tafsiran baru..
Dari dark age...Islam yang sekejap secara tiba2 Renaissance (kononnya)

Sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, 

ada 3 penyakit yg kita derita x mungkin terubat selagi Islam tak jadi kuasa besar:

1. Kejahilan.
umat buta sejarah..jahil agama..buta AlQuran.
faham alQuran melalui Rumi (rom)

2. Kemiskinan

 
3. Perpecahan yang dirancang
22 kepala..nak lawan 1 Israel??


Ammar..ini tugas kamu..
Akhirnya dia faham..dia ambil Sejarah..
Ramai yang kata saya bodoh..
Jadi Doktor kan senang bila saya dah tua & sakit, anak boleh ubatkan. 

Saya kata, rezeki saya dan isteri Allah dah tentukan.

2. Visi Akhirat
Jika kamu jadi pakar sejarah tanpa misi akhirat kamu akan jadi prof/ pakar yg sombong..

Di Turki tafsir maudhu'i paling hebat Risalah Annur karya Badiuzzaman AnNursi..
Amar kena duduk di Madrasah Khairat..

satu2nya madrasah yg tekankan risalah itu bersungguh2...dia tak duduk di asrama seperti kebanyakkan pelajar lain..
Jadi dia belajar:
1. Sejarah
2. Tafsir annur - dlm masa 8bln dia habiskan..dalam bahasa turki!

Ujiannya dinilai..Kata gurunya kamu dah faham dan boleh mengajar (Hoca- disebut Hoja)...

Dalam perjalanan beliau nak mengajar itulah beliau dilanggar ..

Sebelum itu ketika di Syria...Ammar bermimpi..dibawa ke syurga ..terlihat bidadari..

Sedangkan pada awalnya dia ke sana utk misi kemanusiaan bukan pergi berperang...
Tapi selepas mimpi itu, beliau merasakan satu konflik dalaman..

terasa seperti ingin berjuang untuk mendapat syahid..
Tapi fikir ..teruskan belajar dulu..
Rupanya dia mati syahid sebagai pendakwah!

Jika ada yang mempertikainya...
Saya menyaksikan jenazahnya memang berpeluh..walau setelah 48jam...
Ulama'2 Turki yang mengisytiharkan beliau syahid..
Saya memilih untuk terima itu sebagai peransang kepada anak muda..

Saya beri 7 formula dari Sultan Ahmad Fateh
& formula inilah yang saya pakai kepada Ammar:


1. Wawasan Ummatik

2. Nama yang sesuai dengan wawasan
Ahmad = terpuji, Ammar = yang memakmurkan


3. Ketinggian adab akhlak

* diterangkan dengan lanjut oleh ibunya
 
4. Menguasai AlQuran


5. Solat tahajjud (walaupun tidak setiap hari, beliau akan pastikan seminggu sekali)


6. Ilmu yang sesuai dengan zaman itu

Bagi dia..sejarah Islam..(tapi jika dah hantar anak belajar medic..takpe)


7. Kuasai banyak bahasa
(paling kurang 3 bahasa) Target kami 4 bahasa..
kami rancang nak hantar Ammar ke Sudan untuk kuasai bahasa Arab. Hanya bahasa menyatukan umat. Tapi yang ke-4 ini tidak kesampaian.


Kalau kamu dah kuasai 4 bahasa ..
Kalau kamu cari akhirat..

Letakkan wawasan ukhrawi bukan duniawi..
Dunia akan mencari kamu..

Ayuh rombak paradigm kita..fine the right tune
Yakinlah anak muda kita akan jadi luar biasa lebih dari yang sangkakan!!!


Bicara Hati Pn Norazlina - Ammar : Dari kacamata seorang Ibu

Tips..saya tidak ada tips khusus untuk dikongsi..saya tidak pandai bicara..
Ini hanyalah pngalaman yg tak semestinya sesuai...

Jika sesuai digunapakai..
Jika kurang diubah suai..
Jika tidak, carilah pendekatan lain yang lebih sesuai..

Bagamaina Puan semasa mengandungkan Ammar?
 

Ia bermula sebelum perkahwinan lagi. Kami diatur oleh sahabat..
Antara syarat, untuk menjadi isteri kepada Ahmad Azam: "Suami milik umat..."
Jadi saya perlu jadi isteri yang sangat berdikari..
Saya akan dan yakin mampu menggalas tanngungjawab tersebut..
Matlamat kita tujuan dakwah..
Bila matlamat jelas...fikiran..tindak tanduk ke arah tu..
( Mei 2011 ke Turki..saya turut sama menghantar..

Saya tahu ketika itu Ammar bukan lagi milik saya..tapi milik umat!!)

Masa mengandung, saya sihat walafiat sahaja.

Tidak seperti orang hamil. Sangat sihat dan Mc? Tak sehari pun saya ambil! 
 3 yg pertama dilahirkan di rumah (Ketika ini saya tidak bekerja sehinggalah mengandungkan Ammar) Kelahirannya paling menyakitkan antara ke5-5..
Rasanya itulah2 satu2nya kesakitan berkaitan Ammar..
Melahirkannya jauh lebih sakit dari membesarkannya..

Faktor extended family
 

Kami dibesarkan 3 generasi dalam satu rumah.
Balik ke Malaysia..pertama kali berjumpa ibu mertua...
Dari 2 bulan perancangan rupa-rupanya bertahan sehingga 20 tahun lamanya kami duduk bersama...
Sentiasa bertolak ansur..
Suami anak sulong dari 10adik beradik..
Mereka tidak manjakan anak2..
0-15thn Ammar rapat dgn semua adik beradik..banyak nilai murni dikongsi bersama..

Personalitinya banyak dipengaruhi oleh suasana keluarga besar ini..
(Suami aktif di luar, tetapi tidak pernah susahkan saya)


esan saya kepada para ibu jangan fobia dgn ibu mertua..
Mungkin rezeki saya dapat ibu mertua yang baik..
Tapi pokok pangkalnya bertitik tolak dari diri kita juga..
Jika positif pada orang, orang akan positif pada kita..

Ammar di mata saya
(Ini lahir dari pandangan jujur saya,

mohon maaf jika ada di antara pandangan berikut kelihatan seperti 
riak dan 'ujub - saya tidak bermaksud begitu)

Dari lahir, Ammar sangat istimewa..
Dahinya sering berkerut (sehingga sering dikatakan kerana kerap memikir masalah umat :) )

Beliau jarang senyum/ketawa..bukan pendiam tapi Ammar bercakap hanya bila perlu. 
Masuk taski..beliau pendiam tapi sering dikerumuni kawan-kawan.
Hinggakan bila Ammar ketawa..guru telefon semata2 beritahu saya berita itu!
Saya rapat dengan guru-gurunya di sekolah..
Beliau jarang berkongsi kelebihan & pencapaiannya dari kecil hinggalah besar..
Bila ditanya:

"Macamana exam?" 
Dia hanya akan menjawab "Ok la mama...Alhamdulillah ok je" 

Maktab Tentera..Ammar sendiri yang minta online..
Terkejut kami, dari kecil agama tiba2 tentera???
Fikir kami..pendidikan agamanya dah mantap maka mungkin masa telah sesuai..

& dengan agama itu beliau mampu membawa dirinya di Maktab..
Beliau tidak berhajat menjadi tentera..

Sekadar ingin melalui pengalaman ketenteraan selama 2 tahun...
Kemudian dia tukar fikiran kerana rakan yang mengajaknya gagal diterima masuk..
Dia hanya apply saja-saja kemudian melalui dilema hebat..antara hendak dan tidak..
Saya sedih kerana gagal pujuk Ammar (seingat saya itulah pertama kali beliau berkata tidak) 

Dengan bantuan guru..kami berpakat jika dia tak tahan di situ selama seminggu telefon saya..
Seminggu berlalu tiada panggilan telefon.. 
Alhamdulillah..bukan mudah nak yakinkan Ammar..
"Mak tahu susah...akademik + tentera..
Dengan latarbelakang pelajar pelbagai..
tapi mak yakin Ammar boleh buat..SAMBEST (sek men beliau) mesti berbangga..."

Saya sangat seronok dia setuju & berjaya..
Akademik & latihan ketenteraan dilalui dengan jayanya..
Walaupun pernah di raging (pengakuan dari seniornya baru-baru ini memohon maaf)...

Saya tahu...dan buat2 tidak ambil tahu, lebih mudah begitu kerana saya tahu dia perlu lalui itu semua..
Tatkala itulah..ketika umurnya menginjak 16tahun beliau kembali rapat dengan abahnya & mula meletakkan visi misi terhadap Ammar (seperti yang dikongsi di permulaan artikel)

Apa yg hebat dengan Ammar?



Akhlak
Ammar kami telah sunatkan ketika beliau berusia 3hari lagi..

Mungkin matangnya cepat (saya tidak tahu ada teori atau tidak tentang ini)
Alhmdulillah memang beliau matang awal...

Saya juga ada sedikit rasa bimbang sekiranya dia tidak lalui zaman kanak2 tapi he is all rounder..alhamdulillah

Yayasan khairat di BB Bangi- 

Kami hantar., belajar B.Turki, Jawi rusmani & belajar tafsir..
Dari bln Feb - Mei 2011..Lalu pada Mei 2011 kami ke Turki..
Tanpa tahu dari mana biaya untuk Ammar belajar di sana 

(Walau dapat offer dari Maktab, kami tolak kerana telah mengambil keputusan menghantarnya ke Turki) 
Dengan tawakkal, Allah atur..beliau dapat dana dari kerajaan Turki..
Walaupun di Univ Marmara..susah ..beliau dapat belajar sepenuhnya dalam Bahasa Turki!








 Bagaimana Puan begitu tabah??
 

Saya anggap anugerah tabah ini dari Allah SWT 
2 Nov 2013:
Ketika balik dari Penang. Pagi itu, saya sangat gembira kerana ada Majlis Anugerah Cemerlang di Sek Anak2 Rohingya yang saya tubuhkan di sana. Saya balik, jam 12.30 pm, saya terima mesej:

"Ammar kemalangan & meninggal"
Ketika itu, seluruh hati dan jiwa saya merasa kosong-sekosongnya..
Jiwa seperti direntap..
Kemudian perlahan-perlahan I can pull back myself dan mengucap Innalillahi wa innalillahi raji'un..

(ketika ayat-ayat di atas diucapkan, hampir kebanyakan penonton tidak dapat menahan sebak )

Dalam keadaan agak kalut, saya tidak sempat bersedih lama apatah lagi meratap kerana sibuk packing barang dan perlu sampai di KLIA keesokan paginya..

(setelah kami mengambil keputusan mohon jenazahnya dikebumikan di sana)
Sampai di sana, saya tak sangka beliau sangat hebat. 

Walaupun bukan secara langsung, tapi akhlaknya (melalui kisah2 yang diceritakan oleh guru2, kawan2nya)

Kami sangat bersyukur denga apa yang terjadi..
Ammar dipinjamkan selama 20 tahun..

Saya redha!!

Peranan wanita? Boleh ke jadi macam Ammar? Saya ada anak perempuan je..
Jangan lupa Sayidatina Aishah ra..
Pakar rujuk ilmu..
Boleh jadikan misi kita untuk anak-anak perempuan kita...

Doakan untuk seluruh umat manusia.
Setiap kali berdoa, mulakan dari diri sendiri hinggalah menyantuni umat...

Akhir kita nanti disantuni umat kembali...

Catatan pada 20 Disember 2012: 9.30am - 11.30am  dalam program:



 

Alhamdulillah walhamdulillah...
Setinggi syukur diizin, dimudahkan & dipilih Allah untuk hadir dalam majlis ilmu penuh barakah ini. Terlalu banyak mutiara ilmu yang dikutip walau hanya 2 jam sesi bersama kedua-dua mereka yang saya tidak pasti perkataan atau sifat yang tepat selayaknya menggambarkan mereka. 
Dalam kebanyakan yang hadir kelihatan gagal mengempang emosi sebak dan air mata 
(termasuklah yang lelaki!), luarannya, mereka kelihatan sangat tenang dan bersahaja!!!

Moga aku dan suami dapat mencontohi mereka dalam mempersiapkan dua pasang cahaya mata kami untuk UMAT, insyaaAllah!

2 comments:

  1. Assalamualaikum..thanks for sharing this :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..thanks for reading :)

      Delete