Kisah ayah kepada Syeikh Ali Al-Yaasin...
"Ketika itu, kami semua sedang mengelilingi ayah yang sedang koma.
Sedang beliau koma, dengan tiba-tiba mulut beliau berkata-kata:
Ya Allah...indahnya pemandangan..
Ya Allah..cantiknya sungai ni..
Ya Allah..terlalu cantik segala-galanya di sini..
Saya dan semua yang berada di situ sungguh terkejut..
Adakah ayah sekarang benar-benar dibawa ke syurga?
Beliau menerangkan segala yang dilihatnya satu persatu ketika koma..
Kami mula menangis seorang demi seorang..
Selepas berkata-kata, tiba-tiba ayah bingkas bangun dan duduk, sambil melihat di sekelilingnya semua orang sedang menangis..
"Kenapa kamu semua menangis?
Tahukah kamu semua yang rohku sebentar tadi telah dibawa melawat syurga Allah yang terlalu cantik..
(Tiba-tiba terlihat satu cahaya di atasnya) lantas berkata:
Aku melihat cahaya itu. Aku naik saksi bahawasanya aku adalah ahli
syurga. Setelah itu, ayah mengucap 2 kalimah syahadah, lalu rebah dan
menghembuskan nafasnya yang terakhir"
SUBHANALLAH!!!
Ayah di sepanjang hayatnya, amat suka membaca Al-Quran pagi dan petang...terlalu rajin bersedekah...
Memetik berita baru-baru ini:
""Salah satu jasad yang masih elok itu ialah Ahmad Raof dan seorang
lagi dikenali sebagai Mehran yang sewaktu hayatnya merupakan seorang
yang alim dan sering ke surau lama yang terletak bersebelahan kubur ini.
Arwah Mehran pula tidak pernah meninggalkan solat, di samping mengajar
mengaji tanpa upah,"
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131109/dn_15/12-mayat-masih-sempurna#ixzz2mYYGxIvS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mungkin kedua-dua kisah di atas punya persamaan.
Orang yang suka membaca & mengajar Al-Quran tanpa mengharap ganjaran boleh menjadi iktibar besar buat kita.
Ayuh kita cari & kumpul harta dunia, untuk kelangsungan hidup diri dan saudara-saudara kita lain yang memerlukan.
Pada masa yang sama, infaqkan diri untuk Al-Quran, baitullah & program ilmiah semata-mata kerana Allah Taala.
Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar!
Jazakallah Ustaz Wan Sohor Bani Leman atas perkongsian yang amat mengesankan hati & minda di slot Azzikraa Klfm Agama 97.2mhz pagi ini, 5 Disember 2013, 6.45-6.55am
# Alfatihah untuk semua almarhum, mangsa2 musibah banjir & doa
untuk semua yang sedang diuji Allah di Johor, Pahang & Terengganu.
No comments:
Post a Comment