Tuesday, 17 December 2013

ALAM RIA CUTI SEKOLAH

## Hiburan dalam rumah
Pengamatan saya dari pendidikan dari mak ayah kita dan kehidupan zaman kecil saya, sangat sedikit akses pada hiburan. Alhamdulillah keterbatasan ini sangat baik untuk pendidikan. Gangguan hati dan fokus kurang terganggu. Dahulu kita tidak perlu baca buku teruk-teruk tapi insyaaAllah hati sangat terang, mudah meresap ilmu.
Namun kini banyak faktor mempengaruhi hati anak-anak.
Mungkin kerana terlalu banyak faktor hiburan kita suapkan dan bebas biarkan mereka lihat dan dengar tanpa polisi yang jelas.
Masih jelas dalam ingatan zaman kecil saya, setiap malam Jumaat, bertemankan lampu picit, ramai menuju ke rumah saya yang antara awal ada televisyen, beramai-ramai kami menonton cerita P.Ramlee.
Beberapa tahun kemudian, nak tengok filem hindustan pula tapi dalam keadaan takut-takut dengan mak ayah. Dengar sahaja bunyi pagar berkeriuk, tv terus dimatikan, tak sempat tengok hindustan. Keadaan ini sangat baik kerana ia tidak mengeraskan hati si anak.



## Pemantauan dan Pengisian
Cuba lihat bagaimana kita dengan anak-anak.
Tetamu datang, anak didiamkan dengan TV (atau tablet/ipad) supaya tidak mengganggu kita dan tetamu.
Cuti sekolah ini, biarlah kita jelas dengan program untuk anak-anak.
Letak keterbatasan pada hiburan.
Melangkah sahaja si ibu dan ayah ke tempat kerja, anak-anak mula memasang tv dari pagi hingga ke petang.
Antara caranya, menyimpan Kad Astro (jika ada), menetapkan siaran yang boleh ditonton sahaja dan mengunci dengan kata laluan siaran yang tidak bersesuaian.

Cuti ini juga sangat bagus dalam melihat adab dan akhlak anak-anak.
Kerana itu pendapat peribadi saya agak kurang setuju dengan tindakan sebahagian ibu bapa menghantar anak-anak ke kursus/kem yang berminggu-minggu atau sebulan lamanya dengan niat biar anak-anak ditarbiyahkan, biar elok akhlaknya. Kita swastakan kerja kita sepenuhnya kepada pihak lain. Jika sekadar 2/3 hari atau paling lama, seminggu rasanya sudah memadai. Itupun perlu kita follow up usai program berakhir agar keberkesanannya benar-benar membekas.

Sepatutnya, kitalah orang terbaik untuk melihat adab bercakap, makan, minum dan pergaulan anak-anak.Inilah masa untuk kita memperbaiki, tambah-tokok apa yang kurang pada mereka. Dalam sibuk sebahagian dari kita anjurkan program di pejabat/ masjid mungkin kita boleh juga anjurkan satu program khas di rumah juga.

Contoh: "Kem Smart Solat"

Peserta: Anak-anak
1. Along
2. Angah
3. Achik
4. Busu

Urusetia: Ayah dan Ibu

Waktu: Pagi hingga petang

Tentatif:
Memeriksa setiap rukun solat: qauliah dan fe'liah bermula takbiratul ihram hingga ke wirid selepas solat.

Sediakan jamuan istimewa pada hari tersebut juga.

Seminggu sebelum program boleh beri buku khas untuk anak-anak berlatih dahulu.

Berterusan selepas program: Follow-up berkala
(Jika tidak berkesempatan dilakukan pada hari kerja, ambil cuti atau lakukan di hujung minggu di rumah, di taman atau di mana sahaja)

## Penekanan terhadap Pemakanan Halalan Toyyiba
Bukan sekadar makanan yang halalan toyyiba sahaja namun pendekatan untuk masukkan makanan juga dibimbing oleh Islam.
Dengan doa dan adab sebelum, semasa dan selepas makan.
Jika merasa anak agak keras hati, buat air penawar yang kita sendiri hembuskan dengan ayat-ayat Al-Quran sekadar yang kita tahu.
(Tidak perlu swastakan pada orang lain juga kerana doa ibu terutamanya sangat mustajab. Bacalah apa sahaja surah dengan penuh yakin). Biar alam ria cuti sekolah mereka ini menghasilkan sentuhan yang akan melahirkan satu outcome yang sangat bagus kepada pendidikan anak-anak kita. Ini cabaran untuk kita. Ayuh sahut cabaran ini.

## Perkongsian cetusan hati anakanda saya (Kak Long):
(sesuai dikongsi bersama anak-anak)

"Hadis Rasullullah mafhumnya:
{Lihatlah apa yang dicakap, jangan lihat siapa yang bercakap}

Bila cuti sekolah, sedang Kak Long meningkat remaja, kadangkala merasakan ingin berada dalam bilik sahaja, tak mahu duduk dengan adik-adik kecil. Bila muhasabah balik, sebenarnya cuti sekolah (lebih-lebih yang berada di asrama) penting untuk ada rasa kebersamaan. Bila ibu ayah minta nasihat dari anak-anak lain rasanya.
(Ibu ayah perlu sentiasa mendengar luahan rasa si anak & minta nasihat mereka bukan asyik menasihati (atau lebih kerap meleteri) mereka sepanjang masa.)

Dengan kawan-kawan kita sabar tapi dengan adik-beradik ego lebih tercabar. Penting untuk kita bantu ibu ayah memantau dan mendidik adik-adik. Masa kecil kak long, tertanya-tanya kenapa orang kata Baiti Jannati sedangkan balik rumah kadangkala gaduh juga dengan adik-adik. Rupa-rupanya selama mana pun dan sebaik mana pun dengan kawan-kawan takkan sama dengan keluarga. Kawan-kawan mungkin suka ketika kita di atas sahaja. Tapi keluarga akan bersama dengan kita ketika kita di atas dan di bawah.

Memandang ibu ayah juga sudah dikira ibadah dan berpahala.
Contoh: Ketika mereka keluar bekerja, salam dan doakan mereka. Bila yang sulung mulakan, adik-adik akan ikut.
Seorang sahabat Kak Long, anak ke tujuh dari 14 orang adik-beradik duduk di rumah kedai. Satu hari ibunya lahirkan anak ke-8, ketika itu jantungnya berhenti sekejap, selepas terjaga si ibu tidak lagi mengenali siapa-siapa. Sedih sangat. Bila ibu mula ingat sahaja seorang demi seorang, si ibu menangis bersungguh-sungguh.

Manusia, bila ada di depan mata tidak mengenang.
Oleh itu perlu diingat...kita masih ada ibu dan ayah, minta nasihat mereka sentiasa. Gunakan waktu cuti ini untuk berkongsi dengan ibu ayah. Bila ummi tegur 'Kak Long duduk elok-elok'...terdetik rasa sensitif. Namun sebenarnya teguran itu perlu kita hargai kerana ibu ayah orang yang paling kita perlu hormat dan sayangi selepas Allah dan Rasul. Hanya ibu ayah kita boleh dan akan menegur kita, ibu dan ayah orang lain tidak kisah pun.
Take note teguran itu bukan take for granted.
Terima nasihat mereka dengan berlapang dada.

Setinggi mana pun pangkat kita di sekolah, sehebat mana pun kita di mata guru dan sahabat, tidak ada maknanya jika di rumah tidak mendengar cakap ibu dan ayah, hujungnya kita akan jatuh juga kerana hidup tanpa redha mereka."

Allahuakbar.

Perkongsian dari rakaman slot Usrati di Radio Ikim.Fm 91.50 mhz
bersama Ustazah Norhafizah Musa dan anaknya pada 22 November 2013

 - 10.15 pagi - 11.00 pagi.

No comments:

Post a Comment