Friday, 3 January 2014

Kuliyah Muslimat: Sejernih Hati oleh Ustazah Norhafizah Musa 03012014



Inginkan hati yang lebih bersih dan jernih di tahun baru ini? 


Ayuh kuatkan aqidah tauhid kita dengan amalan berikut.
(dipetik dari kitab karangan syed Hawa', syarah oleh Ibnu Ataillah Assakandari)

Baca dan ikrarlah dari hati lalu keluarkan ia dengan lidah.

Waktu? 

Paling afdhal, setiap hari, SEBELUM masuk waktu fajar
(contoh: 1/3, 2/3 malam atau sebelum masuknya waktu fajar - selepas menunaikan solat-solat sunat) & selepas solat fardhu Subuh.

Apa yang perlu dibaca? (baca ayat, faham maknanya)



1. Ayat 18 Surah Ali 'Imran 




2. Ayat ke 2 (amalan ulama' silam)






3. Selawat Tafrijiyah 
 - paling afdhal diamalkan sebanyak 4,444 kali pada satu-satu masa secara berjemaah disusuli doa,



Amalkan ayat-ayat ini dengan bersungguh-sungguh.
Mulakan dari kadar yang mampu - 3x, 33x, 100x atau lebih.

Kita akan terasa kesannya.
Hati akan terasa semakin bersih & ia akan terzahir dengan rasa tenang setenang-tenangnya, in syaa Allah.

Kisah Sufyan At-Thauri (S) ketika tawaf, di sebelahnya seorang lelaki (L) yang di sepanjang tawafnya, tiada lain yang keluar dari bibirnya selain SELAWAT ke atas Nabi semata-mata.
Apabila ditanya:
S: Kenapa kamu hanya berselawat & tidak membaca doa-doa ma'thur yang lain ketika tawaf?
L: Kamu siapa?
S: Saya Sufyan ath-Thauri
L: Subhanallah, saya telah berjumpa ulama' besar. Saya akan ceritakan.
Dahulu, saya pernah bawa ayah saya ke Mekah. Beberapa ketika di sini, beliau meninggal. Mayatnya dengan tiba2 menjadi lebam & hitam. Aku menguruskan & menutup jenazahnya. Ketika berhenti kepenatan, aku tertidur & bermimpi. Dalam mimpi itu aku berjumpa seorang lelaki yang sungguh soleh & rupanya bersih & bercahaya. Lalu beliau melurut2kan tangannya ke tubuh jenazah ayahku sehinggalah rupanya kembali kepada asal. Aku mengejarnya dan memegang lututnya & bertanya, siapa kamu?

" Aku Rasulullah! Tahukah kamu mengapa jenazah ayahmu sedemikian rupa?
Kerana dia masa hidupnya orang yang fasik. Suka melakukan maksiat. Namun ada ketikanya dia pernah berselawat kepadaku. Kerana itulah aku memberi syafaat awal ini kepadanya."

Apabila sedar, aku melihat jenazah ayah memang benar-benar kembali seperti asal. Semenjak itulah aku mula mengutamakan selawat!

Dan apabila Sufyan mendengar kisah ini.
"Baiklah wahai lelaki, teruskanlah amalanmu ini kerana kamu telah dapat ijazah dari Rasulullah SAW sendiri!"

Jangan pula kita merasakan, oh takpelah aku buat jahat banyak-banyak pun sesekali selawat nanti Nabi tolong juga.

Fahamilah konsep sebenar, jika orang yang fasik pun Nabi bantu kerana pernah ingat padanya, inikan pula kita?!

Selain zikrullah tanda cintakan Allah, buktikan yang kita benar-benar cintakan kekasihNya Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat padanya.

Letakkan target, 1000x sehari mungkin.
200x selepas setiap jarak waktu antara solat, sebelum/selepas tidur.

Ayuh mulakan!



Kuliyah Muslimat Ustazah Norhafizah Musa

3 Januari 2013M/ 1 R'awal 1435H
— at Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ).

No comments:

Post a Comment