Positif Pagi TV3 -->
HIKMAH MUSIBAH oleh
Ustaz Zulramli Mrazali
Musibah -
Semua orang tak nak tapi dapat....
√ Melihat bagaimana jiwa kita menatang input negatif dengan betul untuk meransang tindakan positif...
√ Tenang semua nak, tapi jarang dapat....kerana ujian apa?
Dalam rumahtangga?
Bencana alam?
Kemalangan?
√ Bagaimana minda bersedia untuk positif setiap kali ditimpa musibah :-
×× Ujian sama seperti BATU
Letak atas kepala sepanjang masa makin berat. Akan tetapi,
Kalau batu letak bawah kaki kita akan jadi lebih tinggi....!
Ia bukan soal ujian kecil atau besar...tetapi
DI MANA KITA LETAKKAN UJIAN ITU ??!
×× Thomas Edison..pencipta lampu..
Semasa kecilnya, Thomas membawa sepucuk surat dari sekolah untuk maknya
dengan girang tanpa tahu apa isi kandungannya. Usai membaca Mak
menangis. Surat itu menyebut:
'Anak puan slow learner...semua yang
diajar sungguh sukar difahaminya. Wahai puan, minta ambil anak ini &
letaklah di sekolah lain.'
Mak menangis dan menangis kerana itu surat yang diterimanya untuk ke sekian kalinya. Namun apa yang mak buat?
Mak peluk dan tepuk saya lalu berkata:
"Thomas..kamu seorang yang CEMERLANG...." &
ia ucapan yang sering diulang, berkali-kali !!!
Bisikan ini mempengaruhi peribadinya...
Setelah dewasa, beliau membuat ujikaji menyalakan lampu...
Dikatakan gagal 10,000 kali...
Akhirnya cubaan ke 10,001 cubaannya berjaya....!
×× Dalam hidup tiada musibah yang menjadi paku terakhir keranda kita, yang akan buat kita terperangkap di dalamnya selama2nya..
×× Saat kita dicemuh dek kerana ujian ditimpa, biar mereka berkata
kerana mulut manusia bukan dalam kawalan kita. Tapi kita boleh kawal
diri sendiri....
×× Musibah isyarat jelas ..ada perkhabaran positif....
buka jiwa & mata..
Apa hikmah disebaliknya...?
untuk capai puncak dunia Everest perlu lalui banyak liku & ujian sejuk..
√ Islam mengajar...
Ujian adalah bentuk:-
1) Penyucian diri dan penghapusan dosa
- Kemalangan? tanda jelas Allah sedang mengampunkan dosa kita..
2) Allah mengangkat darjat lebih tinggi
Saat ditimpa ujian ucapkan
'Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...'
(dalam musibah kecil diuji dengan sakit gigi, diberi nikmat kesempatan
mengambil sedikit 'vitamin minda' di atas sementara menunggu giliran
dipanggil, alhamdulillah )
MS 07032014 @ Klinik Kesihatan Tanglin
Terima kasih. Banyak info saya dapat. Semoga saya cepat sembuh atas sebab kemalangan diri. Doakan. Saya percaya, dosan dan kifarah. Saya redha.
ReplyDelete