Friday, 7 March 2014

Nuuun: Demi Pena! Dari USRATI Ustazah Norhafizah Musa


 Di sebuah madrasah tahfiz di Indonesia. Dalam ribuan anak-anak pelajar, usai solat Imam mengarahkan semua bertafakur sebentar sambil membayangkan ayah & ibu di kampung, lalu diminta semua menitipkan bacaan surah Al-fatihah buat mereka. Suasana yang sungguh bening itu dihiasi alunan suara ribuan pelajar itu membaca ayat-ayat suci itu beramai-ramai. Rupa-rupanya di dalam salah satu sof, ada salah seorang bapa pelajar di situ. Si bapa itu sungguh terkejut dengan apa yang disaksikannya. Tidak disangka, selama ini itulah amalan anaknya buat dirinya setiap kali selepas solat. Beliau menangis teresak-esak. Ia sangat menyentuh jiwanya.
Lalu beliau catatkan pengalamannya selama berada di situ lalu dibukukan. Ramai yang telah menziarahi tempat ini, namun kerana inisiatif si bapa ini mencatat, pengalamannya lain dari yang lain & ia telah menyentuh banyak hati dan jiwa.

Ibu & Ayah...
Di hujung minggu, ajaklah anak-anak ke masjid beriktikaf & solat, kemudian minta mereka catatkan apa yang mereka rasa.
Cipta apa sahaja situasi, galakkan mereka menulis tentangnya
.

FADHILAT mendidik anak MENULIS :-


1. Menajamkan fikiran (keupayaan mengimbas kembali perkara/peristiwa yang telah berlaku)
2. Memusatkan tenaga dan energi (anak-anak tidak hanya penat berlari, naik turun tangga masjid misalnya, namun dengan menulis ia disalurkan di atas selembar kertas)
3. Menghargai nikmat penghayatan
4. Menjadikan diri efektif (dalam memberi manfaat pada orang lain)
5. Mencipta ruang kosong dalam otak & mengisinya (proses ini akan berulang-ulang sepanjang penulisan)
6. Mendatangkan rasa puas dan percaya diri (anak terasa ada bakat & manfaat)

Ayah ustazah suka menulis...
Pernah di kampung ustazah terjumpa buku catatan lamanya. Di dalamnya menceritakan tentang kami seorang demi seorang, anak-anaknya; kisah kejayaan, sakit demam kami, semuanya dicatatkan di dalamnya. Ustazah merasakan diri & adik-beradik yang lain sangat penting di sisi mereka...

Hebatnya Hassan alBanna..
Dalam kesibukannya masih sempat menulis dalam setiap folder anak-anak (amalan setiap hari).
Bila anak kita mahu kahwin nanti, serahkan saja folder ini pada bakal suami/isteri anak...

Kurangkan tulis perkara yang negatif & tak perlu catat KEBAIKAN kita pada org lain kerana Malaikat takkan pernah terlupa untuk mencatat &
tidak akan ada virus yang akan menghapuskannya...

AYUH GERAKKAN JARI-JEMARI KITA UNTUK MENULIS...!

Ustazah Norhafizah Musa - Usrati IKIM 91.5 mhz 06 Mac 2014 - 5.15-6.15 petang

No comments:

Post a Comment