Khusyukkah solat ?
Jangan ta'khirkan solat...
- alasan menyusu..tidur sebelum solat Isya'
- kecuali warga emas...
Orang yang meninggal sebelum waktu subuh walaupun belum solat isya'..bukan mati dalam orang yang tinggal solat...(syafie)..ini bukan orang yang sengaja tinggal solat...
Tapi jangan jadi ini alasan untuk orang muda...
Masuk isyak...masih melangut di depan tv bukan main lagi suruh & marah anak solat...
Ni bukan kategori org yg akan dapat khusyuk solat...
CIRI-CIRI ORANG YANG KHUSYUK SOLAT
1. Khusyu' itu akan terzahir dalam perkataan & perbuatan..
ada kesan jika solatnya khusyuk..
'solat menegah perkara fahsya' munkar"...
Jika perbuatannya di luar teruk..indikator solat tidak khusyuk..
2. Sangat menjaga & suka kepada KEBERSIHAN
'Sesungguhnya Allah suka org yang bersih'
Sebab sebelum solat angkat wudhu'...
- Lihat rumahtangga...
Rumah n persekitarannya bersih..
- Hati bersih?
masih cemburu dengan jiran? dengki dengan kawan2 sepejabat?
indikator sabar - sesuatu yg nak buat tetapi kita tahan kerana syariat tak benarkan buat...
contoh buka aurat....nampak cantik & seksi? Tapi kerana syariat tidak membenarkan maka kita perlu sabar. Sabar itu anugerah!
Bila hati bersih..ciri2 orang yang solat khusyuk ada...
3. Kebiasaan hidupnya adalah TERTIB
Sebab dalam solat kita buat setiap rukun dalam solat dengan tertib..
Bila solat sempurna dengan tertib..
Kajian sains..
solat dgn rukuk yg sempurna (cara: letak air atas blkg x jatuh) hilang sakit pinggang...
Dengan solat tertib & sempurna...
Hikmah yang paling besar adalah pada kesihatan! ia lebih hebat dari yoga...
Kisah seorang makcik, 30 thn tidak tahu tahyatul awal dengan betul.....
setelah mengikuti bengkel solat...beliau dapat buat dengan betul & menghilangkan sakit pinggangnya selama ini...
Tertib - menjadikan seseorang berdisplin dalam kehidupan....
Selepas Subuh apa yang kena buat...sudah ada aturcara yang kemas dan tersusun sepanjang hari...
ciri tertibnya di luar hidup hasil tertib dalam solat...
Kisah seorang lelaki beribadah 500 tahun....mati dipersilakan ke syurga bukan kerana ibadah..tapi kerana rahmat Allah...(ikut n taat harap hanya redha Allah)
Bila dihisab dgn amalannya selama 500thn, tidak memungkinkannya masuk syurga..
Beliau ke syurga hanya kerana rahmat Allah..
Justeru perlu sentiasa berdoa:
"cukuplah dengan amalan yang sedikit ini masukkanlah aku ke syurga dgn redha & rahmatMu"
4. Tama'ninah (berhenti seketika)
Merasai kehadiran Allah...
Kehadiran rasa sebagai hamba..
Ada CCTV merata2 ..dimonitor setiap masa...
Seperti dalam rumahtangga balik kerja tidak peluk cium anak n layan suami..asyik membelek handphone sahaja..
seperti tidak merasai kehadiran ahli keluarga..
ini kesan ketiadaan toma'ninah dalam solat...
Sabda Rasul "Pencuri dlm solat adalah org yg x tama'ninah"
5. Tawadhu'
Rendah hati....kerana apa?
Kita sedang berdialog dengan Allah...
Yang benar2 solat dengan tawadhuk...segala urusan dunia tidak akan melintasi fikirannya...
Bayangkan dalam solat kita seperti burung...ada mangsa kita tangkap...
ada sahaja lintasan dalam solat, kita tangkap & buang ..
lama kelamaan ia akan hilang..kita akan lebih fokus...
6. Berilmu
Faham makna bacaan...
Seorg pemuda nk cari jwpn kpd 3 soalannya...semua cendikiawan ditanya tp gagal menjwb...dalam perjalanan berhenti depan sebuah warung...
dicadangkan seorg lebai untuk menjwb 3 soalannya:-
1. Di mana Allah?
2. Apa makna Taqdir?
3. SYAITAN dari api diazab dengan api....api dengan api pasti tak merasa sakit
Dijawab dengan satu penampar sahaja.....
Sakit? kat mana? Tiada tapi rasa sakit itu ada...itulah Allah
Taqdir...semalam tahu nak kena tampar?
Tidak...ia seperti ajal akan sampai tetapi tidak tahu bila...
Kulit dengan kulit tak rasa sakit? Tidak ...sama seperti api
Berapa ramai yang solat tapi masih tak tutup aurat? Galak bergosip?
Bimbang kita akan termasuk ke dalam Neraka Wail -
tempat azab org yang solat tapi lalai...
Sentiasalah memohon Jannatul Firdaus...
Walaupun diri merasakan nak masuk syurga selainnya pun tak layak...
Jazakillah Ustazah Nourul Iman atas peringatan ini....
Kuliyyah Dhuha Muslimat - 8 Mac 2014 @ Surau Al-Munawwarah 5R3
(Hadapi dan santuni semua musibah yang berlaku kepada kita dengan penuh BERAKHLAK & BERHIKMAH...Jika sebaliiknya, amat dibimbangi ia lahir dari SOLAT kita yang sia-sia! Wa'iyazubillah....)
Lagi gambar - Lihat sini
No comments:
Post a Comment