Friday, 30 May 2014

Aqidah Muslimin 2/2014 bersama Ustaz Mustakim


Hikmah Penciptaan Jin? -- rujuk nota di atas.

Jin - sebahagiannya beriman dan sebahagiannya tidak.
Jin yang tidak beriman adalah syaitan. Bapa syaitan adalah iblis. Membenci Iblis adalah wajib!
Iblis tidak pernah menjadi ketua malaikat. 
Manusia tidak boleh sujud selain daripada Allah - matahari, bulan, bintang dan sebagainya.
Manusia menyembah manusia? Sekiranya dengan tujuan menyembah maka keluar dari Islam.
Sekiranya tidak, sekadar menghormati atau memuliakan niatnya, dalam syariat Nabi Muhammad SAW ia Haram walaupun tidak sampai keluar Islam. 

IBLIS
1. Dari golongan Jin
2. Berlaku fasik dengan suruhan Allah = kufur
3. Bukan di kalangan malaikat tetapi Jin 
("Malaikat dari cahaya, manakala jin dari api)
4. Ia beranak-pinak (mutawaladun)


Hikmah Musibah


Tujuan:
1. Penebus dosa (kaffarah)

2. Allah ingin mengangkat ke darjat lebih tinggi dari darjat yang sedia ada. 
"Man yuridillahu bihi khairan yusibubihi"
(Sesiapa yang Allah hendak memberi padanya kebaikan, makan ditimpakan ke atasnya musibah)
Maka sepatutnya hamba Allah yang ditimpa musibah jika meyakini perkara ini, akan tenang hatinya.
Maka setiap dari kita perlu BERSABAR:

1. Atas segala ketaatan 
contoh: Nak solat malas tapi dengan sabar kita solat juga.

2. Dalam meninggalkan maksiat 
contoh: Kita dalam jawatan yang mampu mengambil duit organisasi. Tetapi dengan sabar kita menolak melakukannya.

3. Daripada musibah Allah yang diturunkan.

Saya kisahkan sebuah kisah benar ketika mana saya di Beirut dahulu:

"Seorang wanita Syria yang sangat kuat beribadah. Solatnya hebat, puasanya pun begitu juga. Setelah berkahwin, pastinya setiap wanita inginkan zuriat. Namun wanita ini diuji Allah. Setiap kali diberitakan mengandung, kegembirannya tidak lama. Tidak berapa selepas itu, kandungannya gugur. Ia berlaku bukan sekali, bukan 2x, bukan 3x tetapi sebanyak 5x!!!

Lalu apa wanita ini kata? 
"Aku tidak mahu puasa dan solat lagi kerana Allah menzalimi diriku dan membunuh semua anakku" 

Allahukbar.  Wanita itu telah mengkufurkan Allah.
Lalu apabila dinasihatkan untuk bersyahadah semula, wanita ini menolaknya.
Dia tidak mahu menjadi Islam lagi. 

Natijah dari kata-katanya itu Allah tunjukkan di dunia lagi. 
Akhirnya wanita ini meninggal dunia.
Setelah ditanam, si penggali kubur melihat kuburnya kelihatan bergegar-gegar, seperti ada sesuatu yang bergerak-gerak. Lalu diberi tahu kepada keluarga wanita ini (kakaknya berada di Beirut pulang ke Syria setelah diberitakan kematian adiknya). Setelah berbincang akhirnya mereka memutuskan untuk menggali semula kubur wanita itu kerana merasakan mungkin jenazah itu sebenarnya masih hidup. 

Setelah digali, alangkah terperanjatnya semua yang berada di situ. Mayatnya bertukar hitam sehitam-hitamnya. Mukanya hancur. Tulang-belulang menjadi kering. Kelihatan seperti jenazah yang sudah lama dikebumikan. Walaupun sebenarnya, jenazah itu baru sahaja 1 JAM ditanam!

Ini kekuasaan Allah. Allah tunjukkan di dunia lagi. Mana mungkin Allah menzalimi hambaNya. Kata ulama' jikalah wanita ini dapat bersabar sedikit, pastinya darjatnya akan diangkat tinggi.
Sebaliknya, wanita ini tidak memilih yang itu, maka tergolonglah dia dalam golongan hambaNya yang rugi. Wal'iyazubillah. 

Bagimana kita ketika menghadapi musibah?? atau melihat orang lain ditimpa musibah?

Dosa yang paling besar? 
KUFUR

Perkara yang termasuk dalam kekufuran ialah syirik. Makna syirik ialah menyembah selain Allah. 

Surah Luqman ayat 13:
"Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya penyekutuan (terhadap Allah) adalah kezaliman yang amat besar"

Hadis riwayat Al-Bukhari:
"Apabila engkau mengadakan suatu sekutu bagi Allah sedangkan Dia telah menciptakanmu" 
'Ibadah selain Allah."

2 jenis:
1. Kufur Syirk (sembah berhala)

2. Kufur ghair Syirk (memijak mashaf/ membuang kalimah mulia 'Allah' 'Muhammad'

Seorang pelajar Al-Azhar ketika dalam dewan peperiksaan, meletakkan 'nota Ayat Al-Quran' di kasutnya. Maka dia melihat kasutnya ketika mana menjawab peperiksaan.
Ini juga tergolong dalam kategori syirik ke 2.

Hukum orang yang mencaci Allah adalah kafir.

Surah at-Taubah ayat 65-66.
"Dan jika kamu bertanya kepada mereka (tentang perkara yang mereka katakan itu), tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanya bergurau dan bermain-main sahaja" Katakanlah kepada mereka: "Apakah terhadap Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu boleh memperolok-olokkan! Tidak perlu kamu meminta maaf, sebenar kamu telah menjadi kafir setelah kamu beriman:

 Hadis riwayat at-Tirmidhi
"Sesungguhnya boleh terjadi seorang hamba mengucapkan perkataan (yang memperolok-olokkan atau menghina Allah atau syariatNya) yang dia tidak menganggapnya sebagai bahaya, (sedangkan perkataan tersebut) akan menjerumuskannya ke (dasar) neraka (yang untuk sampai kepadanya) selama 70 tahun (diperlukan dan hanya dihuni oleh orang-orang kafir sahaja).
Maka jangan sesekali mempermainkan Allah, RasulNya atau mana-mana kalimah suci.

Contoh:
ayat dari Suratul Fatihah "Ghairil maghdhu bi 'alaihim waladhooliin
Dalam nada gurau kita saja2 tukar menjadi "walabbooliiing" sebab masa itu di tempat bowling.
Haram! 

Bersambung....

Cara masuk Islam

Cara taubat orang yang kufur

Soalan:
1) Muallaf yang lambat diberi bantuan. Ugut keluar Islam?

2) Pembunuh? Hukum dan cara menguruskan jenazahnya?


Ustaz Mohd Mustakim B Mahmood @ Fauzi - Pejabat Mufti Wilayah.

No comments:

Post a Comment