=========================================
Membaca Surah As-Sajdah dan Al-Insan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Surah as-Sajdah adalah surah ke-32 dan surah a-Insan adalah surah ke-76 dalam turutan al-Quran. Rasulullah saw biasa membaca kedua-dua surah ini dalam Solat Subuh pada hari Jumaat. Sepertimana yang disebut dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Musli:
Dr.Wahbah Az-Zuhaili dalam Kitab Al-Fiqh Al-Islamiy wa Adillatuh berkata,
"Membaca surah as-Sajdah dan al-Insan pada solat Subuh di hari Jumaat hukumnya sunat. Namun tidak disukai jika terus-menerus dilakukan setiap Jumaat, kerana lafaz yang digunakan adalah lafaz khabar (berita). Selain itu juga dikhuatirkan jika orang-orang menganggapnya sebagai wajib."
Jadi, diperbolehkan bagi seorang imam untuk membaca surah-surah lain atau apa-apa ayat selain surah-surah di atas. Namun demikian, alangkah baiknya jika kita selalu membaca dua surah ini dalam solat Subuh pada hari Jumaat. Dan sesekali menyelinginya dengan membaca surah atau ayat lain.
Allahumma Solli 'Ala Muhammad !
Petikan Buku Amalan Yang Disukai Rasulullah (m/s 66) oleh
Mohd Daroji B Abdullah terbitan E-Media Publication Sdn Bhd 2014

No comments:
Post a Comment