"Semua orang boleh dan mampu berubah. Hidup ini sekejap. Menjadi kaya,
menjadi cantik, menjadi 'taiko' "abg long" semuanya sebentar sahaja.
Tetapi mati dan hidup dalam kubur itu lama tempohnya. Di neraka,
percayalah tiada yang dapat menahan azab seksanya. Masa terasa lambat.
Malah akan memohon pada Allah untuk dimatikan sedang tiada lagi kematian
di dalamnya.
Maka, tinggalkanlah zaman jahiliyah. Beramallah. Saya impikan untuk mati seperti ibu
dan datuk saya. Kedua-duanya dijemput pulang dalam keadaan sujud kepada
Allah Taala. Moga syurga tempat mereka dan kita juga."
~ "Kisah seorang lelaki yang ingin berubah datang berjumpa dengan
seorang tuan guru. Lalu tuan guru itu hanya memintanya menyebut kalimah
"Laa ila ha illallah" sebanyak 1000x. 'ala....dah selalu sebut la
ustaz'. Tak mengapa, sebutlah lagi. Lalu beliau pulang amalkan pada
malamnya. Esoknya terasa ringan sekali bangun tunaikan solat Subuh.
Lidah terasa lancar membaca al-Quran. 30 juzu' dikhatam dalam masa 5
hari. Suatu hari, beliau cedera parah dalam kemalangan. Sepanjang
perjalanan, hanya kalimah itu yang disebut-sebutnya hinggalah menjadi
kalimah terakhir yang disebut di saat kembali ke rahmatullah.
Allahuakbar....!
~ 'Ibrah dari Hijrah Nabi:
1. Kerana Allah - lakukan apa sahaja kerana Allah Taala semata2
2. Merancang - jangan hentam kromo, rancang setiap tindakan sebaiknya.
3. Yakin bantuan Allah - Nabi mendapat segala mukjizat (angin sepoi bahasa, sang labah2, pasir jerlus semuanya atas rasa yakin pada Allah).
4. Kuat - 'alang-alang berhijrah, aku tidak akan berpatah balik'. Walau dihina masyarakat dan keluarga, bertahanlah walau ia tempoh yang sukar.
"Diceritakan tentang Suraqah - yang ingin memenggal kepala Nabi, jatuh lalu ditelan pasir jerlus. Nabi lari berpatah balik dan menghulurkan serbannya: "Ambil dan pegang serban ini wahai Suraqah". Abu Bakar yang melihat peristiwa merasa hairan: "Bukankah dia ingin membunuhmu wahai Muhammad?" Lalu Nabi menjawab "Abu Bakar, bukankah dia juga umatku?"
Allah ya Allah..
Jika Nabi masih ada ketika ini, pasti semua kita akan dipeluknya. Sayangnya Nabi pada kita umatnya. Maka ingatilah Baginda sentiasa.
Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi ajma'in!
Alhamdulillah. Jazakallah Ustaz Sifu Hanafi atas perkongsian penuh semangat yang amat terkesan di hati ini. Barakallah 'alaik...
Program bersempena Sambutan Maal Hijrah anjuran Unit Agama, Cwgn Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Wilayah & Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

No comments:
Post a Comment