Mohon luangkan sedikit masa membaca 2 kisah ini....
Kisah 1: Di dalam kereta....
----------
UNM: Kak Long...ummi dah lama nak tanya ni. Kak Long jawab betul-betul ya. Apa pandangan Kak Long pada abi dan umi?
K.Long: Eh umi dengan abi OK la...takde apalah.
UNM: (Dalam hati mula berdebar bila dengar 'OK'). Tak takpe, bagi tau je...umi sedia nak dengar. Tolonglah muhasabah ummi dan abi ni...sejujur Kak Long.
K.Long: Betul umi nak tahu ni? Okla...sejujurnya ni apa yang Kak Long & adik-adik rasa. Setiap kali tengok ummi dan abi balik rumah, nampak sibuk sangat, banyak betul kerja. Kadang-kadang kami rasa, kami ni menyusahkan umi dan abi ke? Macam ganggu kerja ummi dan abi je..
UNM: ( Ya Allah! Terkedu hati saya mendengar luahan si anak. Sangka saya mungkin hanya ingin berkata 'umi ni banyak berleterlah'..itu sahaja. Rupa-rupanya, si anak memandang ibu dan ayahnya dari sudut pandang yang berbeza. Lalu saya sampaikan pada suami:
"Abang tahu...tak sangka rupanya anak-anak memerhatikan kita. Balik ke rumah dengan kiri kanan tangan sibuk membelek laptop dan handphone. Sudah-sudahlah ya bang....kita tumpukan pada mereka. Bila semuanya dah tidur, kita potong sedikit waktu rehat kita untuk tumpukan pada kerja pula ya? "
# MASA adalah MODAL terbesar kita. Apabila ditanya Malaikat kepada Nabi Nuh as yang hidup beratus-ratus tahun..bagaimana rasanya hidup selama itu? Kata Nabi Nuh " Masa hidup kita umpama masuk melalui hadapan rumah. Kita lalu di dalamnya dan keluar melalui pintu belakang"...begitulah singkatnya masa.
----------------------------------------------------------------------------------
Maka berlakulah BIJAKSANA terhadap modal kita ini - MASA!
~ Hidupkan Hati dengan hayati setiap saat bersama INSAN TERDEKAT
Pulang ke rumah, peluk dan ciumlah mereka penuh mahabbah. Jangan sibuk membelek Whatsapp dan gajet tak sudah-sudah.
~ Hidupkan hati pada setiap IBADAH
Solatlah dengan penuh penghayatan, bukan sekadar melakukan rutin harian.
~ Hidupkan hati dengan MENGAITKAN setiap perkara dengan Allah
Layan suami kerana Allah bukan kerana mengejar mewah.
~ Hidupkan hati dengan memperkasa AMAL JARIAH
Seperti kisah seorang ibu tua yang di tinggal di Rumah Ppr. Kisah 2:
--------------------------------------------------------------------------------
Makcik: Ustazah....saya nak sedekah barang kemas sikit boleh kat sekolah tahfiz. Tak banyak tapi adalah sikit. Boleh ustazah datang ambil? "
UNM: Maaf makcik..saya tak sempat. Kalau makcik nak saya minta suami tolong ambilkan.
Lalu suami saya ke rumah makcik yang kelihatan susah hidupnya. Diberikan sebungkus barang berbalut tisu. Pulang ke rumah, kami buka bungkusan itu. Kelihatan sejongkos emas 999 yang beratnya mencecah setengah kilogram! Saya lantas menelefon makcik itu:
UNM: Makcik...betul ke makcik nak bagi ni?. Saya dah kira, harganya hampir RM80,000 ni makcik!!
Makcik: Takpe ustazah...ambillah. Itu sahaja yang saya ada untuk pelaburan akhirat saya.
Allah ya Allah...saya amat terdidik secara luar biasa oleh Allah melalui insan yang biasa itu. Betapa hidup hatinya. Sungguh, saya sendiri tidak pasti dapat melakukan yang sama atau tidak.
Marilah kita uruskan modal ini dengan penuh bijaksana. Kita hidupkan hati dengan menyiram Nur Ilahi dan membajainya dengan Amal. Moga Allah ampunkan dosa kita semua.
Perkongsian Usrati IKIM FM 91.5mhz 6 Nov 2014 oleh Ustazah Norhafizah Musa (Official). 2 kisah di atas amat terkesan di hati. Saya rakamnya di minda dengan niat untuk dikongsikan di sini. Moga Allah sentiasa menghidupkan hati saya dan kita semua....

No comments:
Post a Comment