Alhamdulillah. Dipilih dalam rahmat Allah untuk hadir ke GPS pada 25 Februari 2017 di SACC Shah Alam, bersama ibu dan 2 sahabat. Lebih sebulan menyimpan hasrat untuk berkongsi dapatan GPS di sini sebelum hadir ke Seminar Impak. Namun hari ini baru kuat untuk mulakan coretan (care! Fast Action Fast Result - lain kali jangan tangguh2 ye...:-))
Saya cuba mengimbas sedikit sebanyak apa yang masih boleh diingat di minda dan nota. Susunan nota juga tidak mengikut slot. Saya juga cuba meyelitkan koleksi perkongsian rakan lain yang hadir sama insyaAllah.
Nota 1
Bagi yang tidak tahu apa itu NLP - boleh baca lanjut di sini Program adalah anjuran NLP Malaysia
Menarik analogi yang digunakan Tuan Fadzli Yusof dalam muqaddimahnya.
Beliau bertanya jenis telefon apakah yang sedang diguna peserta dan jenis telefon yang dipakai 10 tahun yang lalu? Rasanya hampir keseluruhan isi dewan tidak lagi menggunakan telefon yang sama. Rata2 menggunakan telefon pintar.
Kenapa?
Kerana perisiannya yang sesuai pada zaman sekarang. Banyak aplikasi baru dan terkini hasil kemodenan teknologi kita perlukan bagi memudahkan urusan.
Maka begitulah ilmu dalam kehidupan.
Perlu sentiasa di'upgrade' agar sesuai dengan keperluan semasa dan selari dengan tanggungjawab yang digalas.
Analogi ini saya guna dengan ramai klien selepas saya hadir seminar ini. Ramai suami isteri yang diuji dengan masalah rumahtangga bila ditanya bila kali terakhir belajar ilmu rumahtangga menjawab "Kursus Pra-Perkahwinan" sebelum kahwin. Allahuakbar...
Sekarang, mari kita bandingkan "Saya Dahulu" vs "Saya Sekarang"
Saya letakkan contoh diri sendiri bagi memudahkan faham:
Tahun 2007 - Ibu anak 2, Pekerja Bank, Sifat- kurang membaca, Banyak merungut
Tahun 2017- Ibu anak 4, Pekerja Kerajaan, Lebih banyak membaca,
Lebih rasa syukur dengan apa yang ada
Orang dengan MINDSET JUARA sentiasa "RANCANG PERUBAHAN POSITIF" sebanyak mungkin dalam MASA sesingkat mungkin.
Contoh:
Dalam masa 3 bulan, ada 3 perubahan yang akan saya lakukan.
Senaraikan. Contoh:
- Hafal Juzu' 1
- Membimbing anak kecil 3 surah pendek
- Kemaskini sekurang2nya 9 posting di blog,
Ingat.
AKAUN DI 'SANA', HANYA BOLEH DI BANK-IN DI SINI !!!
Al-Quran jelas menyebutkan. Ada golongan manusia nanti yang akan merayu2 dengan Allah untuk kembali ke dunia untuk berbuat baik. Pastinya rayuan mereka tidak akan dilayan. Sudah tiada guna. Hanya ketika hidup inilah setiap jenis amal soleh dari sekecil2 perkara hingga sebesar2 perkara harus cuba kita lakukan untuk di'kredit' akaun akhirat kita.
Tiada yang mustahil dengan izin Allah.
Salah satu prinsip NLP menyebut
"Possible in the world, POSSIBLE FOR ME"
Jika ia boleh berlaku di dunia, ia juga boleh berlaku pada saya.
Nota 2
Sekarang cuba pula senaraikan apa yang kita SUKA, BENCI dan MAHU.
Contoh:
Saya Suka - Menulis, Menyanyi, Musafir
Saya Benci - Perokok, Orang yang tidak solat, Rumah selerak
Saya Mahu - Tulis buku, Jadi tempat rujukan, Tambah Rezeki & Infaq
Cuba minta pasangan, keluarga atau rakan anda lakukan yang sama. Kemudian cari padanan. Berapa banyak persamaan?
Mungkin ada persamaan namun hampir mustahil untuk kita jumpa manusia yang ada perkara2 yang "sebijik" sama dalam senarai suka, benci dan mahu kita bukan?
Kenapa?
Kita berbeza kerana "believe system" kita berbeza. Analogi seperti jarum akupuntur, setiap hari kita memasukkan "jarum2" yang baru yang akhirnya membentuk diri dan personaliti kita.
Hakikatnya kita semua dilahirkan seperti kain putih. Bersih dan suci. Kemudian kita dicorakkan oleh ibubapa, keluarga, kawan, guru, sekolah, majalah, website, kelab, aktiviti, novel, buku, tv, media sosial, dan bermacam lagi. Ia membentuk 'performance' kita sekarang.
Pernah kita merasakan begini?
"Err...saya memang tak pandai cakap."
"Mak saya kata saya memang pemalu, jadi memang tak bolehlah saya ke depan."
"Saya tak pandai matematik. Macam mana nak jadi orang business."
Itulah hasil believe system kita.
Saya tidak boleh lupa kisah tuan Fadzli dan nyamuk Aedesnya. (Saya cuba recall sebaik mungkin)
"Ketika zaman sekolah, saya seorang yang sangat pemalu. Semuanya bermula apabila pada suatu hari guru saya mahu saya masuk pertandingan pidato. Kakak saya menulis skrip pidato saya lalu saya menghafalnya 'sebijik2' bersungguh2. Pada hari kejadian, saya dengan bangganya beraksi di atas pentas. Saya dapat lihat ramai kawan2 sekelas datang memberi sokongan. Namun yang peliknya sepanjang saya bercakap di pentas, mereka seolah2 tidak memberi apa2 reaksi. Saya tak peduli dan teruskan bercakap. Setelah habis, saya pun bertanya kepada kawan2 bagaimana persembahan saya.
Kata mereka. "Kau tahu apa kau cakap. Kau dah terbalik sebut aedes dan denggi."
Rupa2nya saya telah menyebut "Nyamuk denggi sangat bahaya. Ia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan penyakit aedes hingga boleh membawa maut." Dan saya bercakap dengan sangat yakin!! Allahuakbar..alangkah malunya saya. Sampai di kelas, ada yang menampar2 pipi dan menyebut "Aduh, sakitnya nyamuk denggi ni gigit." Semua orang ketawa. Di kantin juga saya rasa dipersendakan. Terasa seperti satu dunia ketawakan saya. Saya seperti tidak tahu nak letak muka di mana. Guru saya pula menambah sedih saya dengan berkata "Fadzli, saya rasa tahun depan kamu tidak perlu masuk pidato lagi.
Dan sejak itu, jarum yang saya masukkan dalam diri saya "Kamu memang tak boleh bercakap di depan orang ramai". (Dan orang sedikit juga, kerana selepas itu ketika di sekolah menengah saya juga gagal memberi tazkirah di khalayak yang sedikit. Saya habiskan masa menunggu keputusan SPM di dalam bilik dengan banyakkkk membaca. Pelbagai jenis buku. Sehingga nak keluar jumpa tamu yang datang ke rumah pun malu."
Kata Tuan Fadzli, ketika menulis buku tentang teori kejayaan, beliau menemubual dan mengkaji ramai personaliti berjaya dalam pelbagai bidang.
Hasilnya mereka berkongsi "PATTERN OF EXCELLENT" yang sama:-
- MINDSET
- BELIEVE SYSTEM
- ACTION
Semuanya sama!!! Ke3-3 unsur ini sangat luar biasa!
Antara faktor Kejayaan Merealisasikan Azam Setiap Awal Tahun |
Nota Sahabat Fb
1. Tengku Syazwani
NLP taught me how reprogram myself with a new goal, a new software. Your installation statement must be specific with a clear cause and explicit effects.
2. Nur Aisya
Honda bermula dengan susah!
Mereka berjaya sebab adanya
"THE POWER OF DREAM"
Mereka berjaya sebab adanya
"THE POWER OF DREAM"
Itulah kehebatan "DREAM"
3. Misha Haslan
"Orang yang kaya bukan orang yang banyak harta, tetapi orang yang kaya ialah orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain."
4. Syeera Lara
Percayalah bahawa setiap manusia diciptakan dengan keupayaan luar biasa untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.
Semalam, berlangsung bermacam-macam Seminar dan Kursus yang hebat di sekitar Lembah Klang. Namun saya lebih tertarik menyertai Grand Power Seminar NLP, anjuran sahabat lama, Tuan Haji Fadzli Yusof#nlpmalaysia.
#GrandPowerSeminar Dari 9 pagi sampai 10 malam. PADAT! Padat yang saya dapat!
Cukup saya katakan, prinsip asal saya tadi, telah berubah, hampir 180 darjah.
Saya pelajari permainan Emosi yang cukup beretika. Saya temui satu sebab yang kuat, bagaimana EMOSI boleh digunakan di jalan yang baik. Dan tiada salahnya, jika kita kita mengubah BELIEVE System kita, jika kita mampu mengawalnya.
BELIEVE System.
Kita kena install 'software' ini ke dalam minda kita.
No comments:
Post a Comment