SLOT PAGI
1. POWER OF CHOICE
Ada 3 P -
1. PROGRESIF
2. PROAKTIF
3.
Menarik game yang kami belajar dari slot ini.
- 2 barisan membentuk satu kumpulan kecuali satu kumpulan lelaki terdiri dari 3 barisan akhir.
- Kami perlu sediakan 4 kertas dengan ditulis no 1-4.
Pusingan pertama: arahan - menulis tarikh lahir setiap ahli kumpulan di kertas 1.
masa diambil: rata2 kumpulan mengambil masa antara 1-2 minit. Kumpulan terakhir lelaki paling lama masanya,
Pusingan kedua: arahan - menulis tarikh lahir setiap ahli kumpulan di kertas 2 dengan strategi berbeza dari pusingan 1.
masa diambil: rata2 kumpulan mengambil masa antara kurang dari 1 minit.
Pusingan ketiga: arahan - menulis tarikh lahir setiap ahli kumpulan di kertas 3 dengan strategi berbeza dari pusingan 2.
masa diambil: rata2 kumpulan mengambil masa antara kurang dari 30 saat
Pusingan keempat: arahan - menulis tarikh lahir setiap ahli kumpulan di kertas 4 dengan strategi berbeza dari pusingan 3.
masa diambil: rata2 kumpulan mengambil masa kurang dari 5 saat sahaja!
Wah! MasyaAllah. Arahan yang sama namun dengan penambahbaikan berbeza menghasilkan hasil yang luar biasa.
Dari game menarik ini, beberapa pengajaran kami belajar:-
1- Pattern of excellence boleh ditiru. Ia sama sekali tidak salah. Malah digalakkan.
2- Practise makes 'experience' - tiada manusia yang sempurna. Hanya dengan latihan yang berulang2 menghasilkan pengalaman yang banyak mengajar
3- Gunakan semua 'tools' yang ada di sekeliling kita (yang ada pada diri, tak perlu lihat apa yang tiada atau apa yang orang lain ada)
4- Perlu ada 'GOAL' yang besar, Yakin & percaya!
- Tuan Zaim bawakan kisah para tentera yang diberitahu orang kampung ada emas di dalam gua. Tentera A ambil apa sahaja yang dijumpai. Tentera B ambil kemudian letak kembali. Tentera C langsung tidak ambil apa2 kerana tidak percaya. Ternyata kesemua mereka menyesal. Tentera C menyesal kerana tidak percaya, Tentera B menyesal kerana letak balik dan Tentera A juga menyesal sebab hanya ambil sedikit saja!
5- Kita ada banyak pilihan, cubalah setiap satu dan bertindak.
6- Tekanan/ cabaran buat kita berubah/ bertindak (push factor)
Dalam proses game di atas, kata Tuan Fazly ia melibatkan unsur2 berikut:-
- GOAL
- CABARAN
- STRATEGI
- ATTITUDE
- SKILLS
- Tahukah kita siapa RICHARD BRADSON?
Beliau adalah pengasas penerbangan tambang murah pertama dunia- Virgin Air!
Pengasas Air Asia Mr Tony Fernandez sebelum ini pernah bekerja dengan beliau.
Pada suatu hari, beliau berada di Pulau Virgin. Beliau perlu balik ke bandar tempat beliau bekerja untuk mesyuarat penting. Namun ketika di lapangan terbang, pesawatnya 'delay'. Cabaran ini mengubah Attitudenya. Ada sebuah pesawat sewa di situ yang dilihat sebagai peluang penyelamat, Beliau bertanyakan berapa harga sewaan itu. Beliau mula berkira2. Lalu di atas sekeping kertas beliau tulis "Virgin Air" dan tunjukkan pada orang2 yang terkandas seperti beliau. Dengan jumlah yang setuju, beliau bahagikan dengan harga sewaan dan mereka semua naik pesawat itu. Semuanya berpuas hati dengan pesawat itu walaupun tiada pramugari dan makanan. Peristiwa ini memberi idea pada Richard untuk datang dengan idea "penerbangan tambang murah".
Boleh baca lanjut kisah beliau di sini
1. Perkara yang menghalang saya untuk berjaya sebelum ini adalah:-
- Latihan
Contoh:-
a. Sukar Fokus
b. Rasa diri biasa, tiada apa2
c. Selesa dalam zon
2. Sekarang saya memilih untuk
a. Latih diri fokus - 'do one work at one time'
b. Merasa diri 'i'm unique in my own way' Saya nak serlahkan bakat saya yang unik.
c. Saya nak cabar perkara2 luar rutin supaya saya dapat keluar dari zon selesa
** Seronok menyebutnya dengan ahli kumpulan latihan ini. Semua mereka menyambut pilihan saya dengan ayat "THAT'S YOUR CHOICE"
- *MENTALITI MANGSA REAKTIF vs MENTALITI MANGSA PROAKTIF*
YANG MANA SATUKAH KITA??/
Game: Minta duit 20 sen 20 keping
Peserta diminta datang cepat ke pentas dengan membawa 20 keping duit syiling 20sen.
'Ibrah. Ada orang yang:-
1. Tak Tahu ada peluang - "Tertanya2 kenapa semua orang cari duit syiling"
2. Tahu ada peluang tapi tak buat apa2 - "Dia ada duit syiling tapi hanya diam di tempat"
3. Buat separuh jalan-cepat putus asa - Dah ada semua tapi takut
4. Resourceful - sangat. Hanya sedikit tindakan dapat mengubah nasib tapi tak buat.
- Kajian Barbara Fredrickson tentang POSITIVE PSYCHOLOGY
Apa perasaan kita melihat gambar2 yang cantik, indah, menarik, comel?
Seronok bukan. Perasaan berbeza bila melihat gambar yang menyedihkan, kejam, buruk dan teruk.
2 kumpulan diberi gambar yang menarik/positif. 2 kumpulan diberi gambar negatif. 1 kumpulan diberi gambar yang tiada emosi (kerusi, meja)
Ternyata 2 kumpulan yang diberi lihat gambar positif selama beberapa minggu dapat menyenaraikan banyak perkara positif berbanding kumpulan lain.
- Kisah dari Al-Kahfi - Nabi Musa dan Nabi Khaidiri
'Ibrah
Kita pernah hilang orang tersayang bukan?
Pernah buat kerja yang bukan kerja kita?
Rasa disusahkan oleh ramai orang?
Ambillah dari kisah di dalam al-Kahfi. Kita mungkin tiada 'Khaidir' yang boleh menegur dan memberi hikmah dari apa yang berlaku. Namun kita ada al-Quran. Walau sesulit mana pun situasi, nampak susah dan kejam, YAKIN DAN PERCAYALAH - ALLAH SEDANG MEMBERI HIKMAH TERBAIK!!!
ALLAH BERI IRADAT (kemahuan) dan QUDRAT (kekuatan/kemampuan) = IKHTIAR
"Banyak perkara di dunia kita tidak punya pilihan. Tetapi banyak situasi kita boleh PILIH!"
- Kajian Attitude of Gratitude
Seorang ilmuan membuat kajian dengan Kumpulan 1 menulis 10 perkara yang disyukuri setiap minggu. Kumpulan 2 menulis 10 perkara marah setiap minggu dan kumpulan 3 boleh menulis apa sahaja. Sebelum itu, tahap gembira, stress dan kesihatan mereka diambil.
Selepas beberapa minggu, ternyata kumpulan 1 menunjukkan kadar gembira paling tinggi dan stress yang berkurang dari sebelumnya.
Sungguh benar kalam Allah - JIKA KAMU BERSYUKUR, NESCAYA AKU TAMBAH NIKMAT KAMU!
LATIHAN! - Senaraikan 10 perkara yang saya syukuri hari ini.
1. Alhamdulillah Syukur aku Allah kejutkan diberi nafas, sihat sempurna masih dikelilingi semua ahli keluarga.
2. Alhamdulillah Syukur permohonan cuti hari ini lulus dan dapat siapkan kerja penting semalam.
3. Alhamdulillah Syukur sebelum keluar rumah dapat izin suami, salami dia dan cium anak2 dan ayah
4. Alhamdulillah Syukur dapat musafir bersama ibu seperti dirancang
5. Alhamdulillah Syukur dapat solat sunat dhuha dan solat musafir di surau Airport
6. Alhamdulillah Syukur dapat menaiki pesawat dan selamat sepanjang perjalanan dan mendarat
7. Alhamdulillah Syukur dengan rahmat Allah dapat dipilih masuk ke majlis ilmu
8. Alhamdulillah Syukur dapat belajar dan faham dengan baik ilmu2 Allah melalui hamba2Nya yang hebat
9. Alhamdulillah Syukur dapat jalin silaturrahim dengan keluarga besar program
10. Alhamdulillah Syukur dapat kenalpasti kelemahan diri, dan ingin bangkit perbaiki.
** Seronok menyebutnya dengan ahli kumpulan latihan ini. Semua mereka menyambut pilihan saya dengan ayat "ALHAMDULILLAH". Feel so WOW!
BUAT AMALAN INI SETIAP HARI. HIDUP AKAN RASA BERBEZA. LEBIH MENGHARGAI DAN DIHARGAI!
- Kajian Daniel Gilbert: Profesor Psychology di Harvard - Teori: "THE END OF HISTORY ILLUSION" mengatakan PEOPLE CONSISTENTLY CHANGED!
SLOT PETANG
Saya kongsikan conteng2 saya dulu ya...
InsyaAllah akan saya kongsikan lagi.
Moga Allah berkati usaha yang kecil ini.
Jazakillahukhairankaseer :-)
Perkongsian yang menarik. Teruskan berkongsi. Besar manfaatnya.
ReplyDeleteJazakillah Cik Puan Mumtazah. Barokallahufik.
Alhamdulillah...terima kasih puan di atas perkongsian yg di beri
ReplyDelete