Friday, 2 February 2018

Tafsir al-Kahfi - Sedaq Diri!

Membedah al-Kahfi pagi ini. Kata Tok Ayah الفاضل استاذ روسلي ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺍﻟﻔﻠﻔﻼﻧﻲ tadi...
Allah bagi kaya dunia, nikmat yang tak putus² maka akan ada 2 golongan: yang respond dengan Syukur & satu lagi yang Kufur.
Dalam ayat 35, orang ni Menzalimi Diri Sendiri dengan rasa angkuh. Kebun dia takkan binasa katanya. Umpama kita kata kita ni hebat, baguih, orang suka. Kita claim ni semua ni mai sebab kita memang baguih, mai dari diri sendiri (ذات)
- I memang dilahirkan cantik
- Keturunan kami memang cerdik
- I deserve this, takdak yang layak dapat jawatan ni selain i kot.
- This is mine, this is my right to get it
Ni yang hadis sebut - "Ana kaza wa ana kaza..."
Dan disebut juga orang yang macam ni kufur pada Allah, menghampiri kufur atau bahasa mudahnya Tak Sedaq Diri!
Maka apa sepatutnya kita buat bila dapat nikmat?

1️⃣ SEDAQ DIRI
- Seperti dalam ayat 37, orang beriman ni peringat kawan hat tadi sombong kemain tu tentang asal usul kejadian manusia. Dari tak punya apa² tapi Allah bagi ada. Cipta dari tanah, dari mani yang hina, tanpa seurat benang keluaq ke dunia, disempurnakan & dimuliakan jadi manusia. Diberi macam². Padahai asai takdak pa pun.
- Selalu sedaq Allah itulah Tuhan الله ربي! (ayat 38) Tak layak disekutukan. Bukan ilmu, bukan cantik, bukan jawatan.
2️⃣ BERSIKAP dengan kalimah
"ما شاء الله" " & "لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله" (ayat 39)

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا
Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan,


Kita tak akan dapat semua nikmat tadi, tanpa izin Allah, iradat & kudrat Allah. Semua Ilmu Allah adalah "Zaati". Yang Maha Berilmu. Manusia hanya ada Ilmu Iktisabi/ Ilhami (pembelajaran, diilhamkan).
- Allah memberi petunjuk, perlindungan, 'afiat dengan penuh #KURNIAAN(orang ni mendapat Maqam al-Fadhli مقام الفضل)
- Allah juga memberi kesesatan, tidak menolong, menguji siapa yang Dia mahu dengan penuh #KEADILAN (orang ni mendapat Maqam al-'Adli/ al-Hikmah مقام العدل/الحكمة)
---> Jadi kalau ada yang nampak kurang pada sudut pandang kita, elakkan kata/rasa..
"Apa lah depa ni..semayang kat rumah. Masjid dekat pun tak boleh pi ka."
"Teruk anak & laki dia sampai solat posa apa pun dak."
--> depa² ni maqam al-'Adli. Allah sedang adili & uji. Ada hikmah Dia nak beri. Tak payah nak jadi juri. Dakwah, jangan berenti.
 2 Kalimah itu juga adalah Pendinding dari Penyakit 'Ain - والعين حق (Sihir mata yang dengki itu benar)
---> Jadi kalau orang puji sikit
"Comeynya anak hang..."
"Besaq merelit aih keta baru..."
"Pandai-pandai noo anak² hampa, masuk U semua, kerja besaq²..."
---> Elakkanlah dijawab dengan
"Mestilah..tengokla sapa mak dia. Dengan aku dok hantaq tusyen..."
"Sebab aku rajin, pandai cari duit, bukan macam hang.."
"Keturunan kami mix. Otak memang genius.."
 Cukup dengan menyebut:
"ما شاء الله" " & "لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله"
Atau jika ingin ditambah doa:
"Moga Allah tambah²kan rezekimu & aku"
Jadi, tak perlu runsing. Setiap orang telah Allah jamin rezeki masing². Takdak sapa yang ambil rezeki sapa². Orang tu dapat gaji dengan gred tinggi, itu rezeki dia. Kita hidup dengan gaji gred rendah sikit, takpa, asai barakah.
Percayalah...
"Setiap jiwa tak akan mati kecuali selepas dia menguasai SEMUAAA rezeki & disempurnakan tempoh kewujudannya."
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Halaqah al-Quran wal HadisJHEAIPP 02022018
#NotaSazahMumtaz
Berkongsi Rezeki Ilmu

No comments:

Post a Comment