Tuesday, 11 June 2013

Bengkel Talaqqi Alfatihah Bersanad

Pada 10 Jun 2013 Anjuran Akademi Albaghdadi
Antara perkongsian:

3 Rukun Bacaan AlQuran:
1. Sanad yang sahih (bersambung pada Nabi SAW)
2. Menepati penulisan (Rasm 'Uthmani)
3. Menepati Bahasa Arab (bi luhunil Arabi- dalam fushah B.Arab)

Kepentingan Bersanad:
Kata Ibnus Sirin
"Sesungguhnya ilmu ini (ilmu riwayat) termasuk urusan agama. Oleh itu, perhatikanlah siapa kamu mengambil ajaran agama"
Kata Abdullah alMubarak
"Sanad sebahagian agama. Kalau tiada sanad, pasti ada yang mengatakan apa yang ingin dikatakan tentang agama"

Kenapa Fatihah je?
Ia bukan sekadar surah yang kita baca dalam solat,
akan tetapi surah yang terkandung dalamnya 7 ayat itu adalah:

Monday, 10 June 2013

JALAN PULANG - Slot Usrati Ustazah Nor Hafizah Musa


USRATI UST HAFIZAH 19 MEI 2013
TAJUK: JALAN PULANG (Taubat Nasuha)

Sempena berada di ambang Ramadhan
Kita sedar atau tidak, Allah telah jadikan 4 terminal jalan pulang:
1.       Taubat nasuha
2.       Istighfar berterusan
3.       Kebaikan berterusan
4.       Musibah sebagai kafarah dosa

Dengar & Muat turun rakaman Slot Usrati @ Ikim fm- Di sini

Monday, 3 June 2013

'Ibrah di sebalik hilang kunci & bayi Batman

Bila ada masalah...apa kita buat?
Rujuk ustaz..jumpa kaunselor..baca & petik buku2 barat..
dan yang paling sering dilakukan-update status FB!
Itu bukan jalan penyelesaian terbaik..
Ada 'BUKU' yang lebih baik dari itu semua iaitu ALQURAN!


Perkongsian kisah keajaiban AlQuran oleh Ustaz Asraff..




Monday, 27 May 2013

Bengkel Penulisan Kreatif Travelog oleh Ustaz Hasrizal- 22 Mei 2013 @ Fpi, UKM

1. KARAKTER SEORANG PENULIS


a. Fizikal
TUBUH BADAN YANG SIHAT

b. Intellektual
PEMIKIRAN - PEMBACAAN

 - perlu banyak membaca untuk mengisi minda
 - seorang penulis yang ingin memberi gelas yang penuh perlu mengisi gelasnya yang kosong terlebih dahulu..

c. Emosional
 - perlu bersifat 'lateef' wa 'khabeer'
- berhalus dalam berbahasa, tidak kasar sifatnya atau 'macam bagus'
cth: solat jemaah di masjid amat digalakkan dalam Islam. Saya sendiri setiap hari bersolat jemaah di masjid. Justeru saya hairan mengapa ramai di kalangan ustaz-ustaz sendiri yang sukar untuk solat jemaah di masjid.

d. Spiritual
NIAT, HARAPAN, KEYAKINAN, KEKUATAN


Stress Kerja Rumah

"Esok kerja..Allah, banyaknya kainnn!..3/4 bakul stok seminggu menimbun untuk dilipat...dah lipat kena masuk almari pula..yang bergantung perlu digosok.baju sekolah anak2? Oh 2minggu cuti sekolah, fuh lega lah..eh pinggan di sinki belum berbasuh..aduh! Berpasir pula lantai, sapu lagi laa...si kecil menangis pula...abang & kakak bergaduh lagi...mainan ni, kemas cepatttt! "

Bagaimana keadaan rumah kita??

Rutin biasa seorang yang bergelar isteri & ibu di malam Ahad atau mungkin setiap malam...stress bukan?

Ia pastinya satu tekanan jika kita menganggap ia sedemikian..namun ia mungkin menjadi sebaliknya jika kita melihatnya satu bentuk 'bonus' yang Allah sediakan untuk kita kutip sebanyak mungkin 'pahala free' hanya dengan berada di dalam rumah! Malah ia mungkin saat-saat yang bakal dirindui 20 tahun akan datang, bila tiada lagi suara2 kecil yang menangis & bergaduh...tiada lagi pinggan bertimbun di sinki untuk dibasuh..tiada lagi baju-baju comel untuk dilipat diseterika...tiada lagi mainan bersepah di lantai..rumah yang dulunya hampir pecah dengan hilai tangis & tawa..saat itu bertukar sepi sesepinya...'

Status fb 26 Mei 2013 - 12.00p.m