Pada 10 Jun 2013 Anjuran Akademi Albaghdadi
Antara perkongsian:
3 Rukun Bacaan AlQuran:
1. Sanad yang sahih (bersambung pada Nabi SAW)
2. Menepati penulisan (Rasm 'Uthmani)
3. Menepati Bahasa Arab (bi luhunil Arabi- dalam fushah B.Arab)
Kepentingan Bersanad:
Kata Ibnus Sirin
"Sesungguhnya ilmu ini (ilmu riwayat) termasuk urusan agama. Oleh itu, perhatikanlah siapa kamu mengambil ajaran agama"
Kata Abdullah alMubarak
"Sanad sebahagian agama. Kalau tiada sanad, pasti ada yang mengatakan apa yang ingin dikatakan tentang agama"
Kenapa Fatihah je?
Ia bukan sekadar surah yang kita baca dalam solat,
akan tetapi surah yang terkandung dalamnya 7 ayat itu adalah:
1. Surah yang paling agung
"Tidak sah solat yang tidak dibacakan di dalamnya dengan Fatihah al-Kitab."
"Umm al-Kitab (Surah yang paling utama di dalam al-Quran) ialah Sab’u al-Mathani dan al-Quran al-’Azim."
2. Surah sebagai penawar/syifa' - Iblis meraung bila diperdengarkan surah ini
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri RA:
Terjemahannya: "Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah SAW sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat.
Salah seorang dari para sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SAW, beliau pun pulang menemui Nabi SAW dan menyatakan pengalaman tersebut.
Beliau berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda: Bagaimana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku dapat satu bahagian bersama kau" (Hadith riwayat Muslim)
Justeru..ayuh kita perbaiki mutu bacaan Alfatihah kita..
Jika cacat bacaannya..adakah sempurna solat kita?
Na'uzubillah...moga tiada amalan kita di dunia yang akan menjadi sia-sia..
No comments:
Post a Comment