Friday, 7 March 2014
Nuuun: Demi Pena! Dari USRATI Ustazah Norhafizah Musa
Di sebuah madrasah tahfiz di Indonesia. Dalam ribuan anak-anak pelajar, usai solat Imam mengarahkan semua bertafakur sebentar sambil membayangkan ayah & ibu di kampung, lalu diminta semua menitipkan bacaan surah Al-fatihah buat mereka. Suasana yang sungguh bening itu dihiasi alunan suara ribuan pelajar itu membaca ayat-ayat suci itu beramai-ramai. Rupa-rupanya di dalam salah satu sof, ada salah seorang bapa pelajar di situ. Si bapa itu sungguh terkejut dengan apa yang disaksikannya. Tidak disangka, selama ini itulah amalan anaknya buat dirinya setiap kali selepas solat. Beliau menangis teresak-esak. Ia sangat menyentuh jiwanya.
Lalu beliau catatkan pengalamannya selama berada di situ lalu dibukukan. Ramai yang telah menziarahi tempat ini, namun kerana inisiatif si bapa ini mencatat, pengalamannya lain dari yang lain & ia telah menyentuh banyak hati dan jiwa.
Ibu & Ayah...
Di hujung minggu, ajaklah anak-anak ke masjid beriktikaf & solat, kemudian minta mereka catatkan apa yang mereka rasa.
Cipta apa sahaja situasi, galakkan mereka menulis tentangnya.
FADHILAT mendidik anak MENULIS :-
Monday, 17 February 2014
Kuliah Dhuha: Auratku Maruahku - Ustazah Nurul Hidayah & suami Muhammad AlMuntasir
"Carilah kemuliaan pada Islam..
Carilah kecantikan pada hijab...
Carilah akhlak yang baik pada isteri Nabi..
Carilah kebahagiaan hidup pada amalan sunnah..
Forum PHEI 13022014- Jika Aku Kaya
Jika Aku Kayaaa...
# Kaya pada harta tidak semestinya kaya pada jiwa...
# Kaya yang sebenarnya tidak terletak pada berapa banyak hartanya tapi bagaimana dia membelanjakannya....
# Adakah kita merasa senang atau resah melihat orang lain senang?
Atau merasa senang melihat orang lain tidak senang?
# Kita sepatutnya merasa tidak senang melihat orang lain tidak senang. Kita perlu kaya pada jiwa dan harta benda!
# Tiada auditor solat kita. ZAKAT adalah menifestasi solat yang sempurna. Zakat menyuburkan jiwa..menenangkan hati...
Justeru BERZAKATLAH....

Bagaimana menjana kekayaan?
{Orang kaya yang beriman lebih Allah suka dan sayang}
~ Betulkan gaya hidup boros..
~ Kurangkan hutang...
~ Bayar zakat agar dapat mengelak hidup tidak berkat...
Ia seperti orang yang makan tapi tidak kenyang-kenyang....
na'uzubillah
Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail
Ustaz Zaharudin Abdul Rahman
Moderaror Ustaz Zakaria Othman
Forum PHEI 13022014
Subscribe to:
Posts (Atom)






