Monday 17 February 2014

Kuliah Dhuha: Auratku Maruahku - Ustazah Nurul Hidayah & suami Muhammad AlMuntasir



"Carilah kemuliaan pada Islam..
Carilah kecantikan pada hijab...
Carilah akhlak yang baik pada isteri Nabi..
Carilah kebahagiaan hidup pada amalan sunnah..


# Berhijab mengikut peruntukan syariat. Jika berhijab mengikut idola artis sekalipun..jangan lari dari Tujuan menutup aurat & tidak termasuk dalam kategori berpakaian tapi telanjang (nipis-jarang-ketat-warna terang)

# Berhijab memberi cahaya..menjaga & menghalang kita dari melakukan maksiat

# Adat banyak mempengaruhi masyarakat menutup aurat. Di Yaman misalnya, seorang wanita tidak keluar dari rumah melainkan dengan niqab, tapi tidak di Malaysia. Apa sahaja adatnya tidak mengapa asalkan tidak lari dari syariat.

# Iman dan Islam, nampak sama tapi berbeza. Islam pada luaran, Iman ada di dalam dan kedua2nya perlu selari. Bukankah pelik bila pada IC kita Islam tapi pada luarannya berbaju sendat, berkain singkat. Itulah realiti kini yang hak nampak batil, yang batil nampak hak..ini kejayaan barat yang kita sedang hidup bersamanya."


# My Facebook movie - 2008-2014

Ini sekadar review sepanjang 6 tahun..
Itupun semuanya yang positif sahaja,
semua sisi negatif disimpan kemas-kemas..
Kebiasaannya kita semua begitu bukan?

Bayangkan jika pada usia 60 tahun kita dipanggil mengadapNya, lalu kemudian kita dibangkitkan semula di Mahsyar bersama jutaan umat yang lain. Satu-persatu segala amalan yang pernah kita lakukan sepanjang tempoh kita di dunia, di'share' di hadapan semua khalayak, dari sekecil-kecil kebaikan & keburukan hinggalah sebesar-besarnya..!

AL-AURAT = AL-'AUR = AL-'AIB (aib/buruk)
Barangsiapa yang menutup aibnya di dunia, Allah akan tutup aibnya di akhirat--> rasanya inilah yang semua kita lebih dambakan, bukan??

Wahai Muslimat...tutuplah aurat kita sesempurna mungkin di dunia agar segala yang baik sahaja bakal ditayangkan di Sana!!

Jazakallah kaseer Ustazah Nurul Hidayah atas peringatan ini sebentar tadi...





No comments:

Post a Comment