Monday, 17 February 2014

Pesona Cinta Rasulallah SAW Bersama Persatuan Artis Veteran Malaysia & SENIMAN

 Antara perkongsian menarik dari panelis:


PERBANYAKKAN SELAWAT SETIAP HARI

Paling kurang 1000 kali - nampak banyak?
Dengan Pakej Mudah 15minit selawat - ia mudah sahaja.
Tanpa tasbih, jari, tasbih digital atau sebagainya...

Hanya dengan melihat jam, dalam lebih kurang tempoh 15minit, berselawatlah..
"Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala aalihi Muhammad"
Dalam tempoh 15 minit, kita akan berjaya berselawat sebanyak 300-330 kali.
15 minit x 3 kali = 45 minit, hanya dalam tempoh itu, kita hampir berselawat sebanyak kurang lebih 1000 kali.

Kata Ibni Qayyim, selawat akan mengeluarkan kita dari keadaan yang sempit/sukar kepada keadaan luas/mudah.

Justeru, berselawatlah, hanya 15minit setiap kali..ketika bersolek, ketika memandu, ketika di depan komputer..
pasti akan terasa perbezaannya.
Hidup tidak akan lari dari berdepan dengan pelbagai masalah, namun dengan keberkatan selawat, kita akan melaluinya dengan tenang, insyaAllah.Ustazah Norhafizah Musa

"Masyarakat lazimnya sering melabel para artis dengan pelbagai persepsi negatif. Namun program sebegini diharapkan dapat mengubah sudut pandang sedemikian, meningkatkan kesedaran di kalangan para artis untuk lebih menghayati agama, memperelokkan ibadah dan amalan harian dan tidak menjadikan diri sebagai punca fitnah. Paling utama diperingatkan bahawa sebagai ikon masyarakat, mereka turut sama berperanan sebagai agen penyebaran dakwah melalui seni"

Berita lengkap di: http://www.jawi.gov.my/arkib-berita/1012arkib-berita.html

 Bersama Ustazah Norhafizah Musa, Kak Mek Habsah & suami Abg Mie

Bersama orang kuat Kak Zainab Othman dan Bhg Kakitangan Dakwah JAWI
 
Lagi gambar - lihat sini

No comments:

Post a Comment