Tuesday, 9 January 2018

Catatan 7 Januari 2017- Dah Jodoh

Umi, macam mana jumpa ayah? Tengah jalan², terjumpa ke? Lepas tu cakap..."Hai awak apa khabar?"
Umi tergelak². Terkasima pun ya jugak. Tetiba je tanya soalan maut tu. Siap ada dialog lagi. Si ayah pula bila dengar, terus jawab: "Haah ye, umi tengah bawak buku, tetiba jatuh. Ayah tolong kutip." 😂
Teringat forum ambang tahun baru yang kami tonton dalam kereta tadi. Terkejut ustaz Haslin bila ditanya bagaimana bertemu kak Hawanya. Panel lain tak ditanya macam tu, geram jugak dia. Tapi dijawab juga.
Pulang dari Pakistan, beliau bertugas sebagai guru displin di maahad tahfiz. Isterinya ketika itu ketua pelajar. Maka diaturlah jodoh mereka oleh keluarga isteri. Hanya bergaji rm300, ikutkan logik tak mampu nak bernikah. Namun takdir Allah mengatasi tadbir, akhirnya mereka disatukan. Dalam sibuk berceramah, dikurnia 7 cahaya mata. Kalau tak ceramah, tak tahulah berapa. 😁

Catatan 6 Januari 2018 - Baju Halal?


Sambil² mengemas rumah, melipat, menggosok di hujung minggu, tengok²lah apa yang kita ada. Dari baju, tudung, kasut, barang kemas, perkakas rumah milik sendiri atau ahli keluarga. Kadangkala rasa dah banyak, tapi bila ingin diguna rasa macam:-

"Ala..takde baju la nak pakai."
"Tudung takde yang match pula dengan baju."

Pernah? 

Dan bila ke kedai atau melihat iklan online, ada saja barang yang kita rasa 'perlu' dibeli. Harga pula luar biasa murah. Sangat²lah menambah kuat asbab untuk membeli seolah² itulah sales kali terakhir. Usai membayar, tersenyum puas. Namun bila dapat barangnya timbul rasa sesal bila dah tak muat almari nak letak baju baru itu.

Catatan 6 Januari 2018 - Cucuq

Anda sarapan apa pagi tadi? Nasi lemak? Bihun goreng? Cucuq?
Suami selalu pelik. Kenapalah banyak kuih utara ni dipanggil 'cucuq'. Coq badak, coq udang, coq bilis...eh macam² coq lagilah. Justifikasinya saya menerangkan cucuq adalah perbuatan mencucur adunan tepung ke dalam minyak panas di kuali. Sebab tu lah disebut cucuq. Macam tak sedap je panggil jemput². Gitu. 😁
Masa menggoreng cucuq tu, kena pastikan masak rata ke tak. Kalau saya, garing² sikit baru sedap. Jadi selagi tak perang² warnanya selagi tu saya tak balik²kan & angkat cucuq tu.
Bila dah balik²kan cucuq tu terbayang pulak kalaulah cucuq ni digambarkan jadi hati. Ya, HATI kita. Nabi ﷺ bagi tau siap dah kan, hati ni sifat dia berbolak-balik. Sat rasa nak buat baik. Sat rasa nak jadi nakai sikit. Tak tetap.
Dari Abdullah Bin Amru Bin Al-‘As (r.a) , dia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda : “Sesungguhnya hati-hati keturunan Adam, kesemuanya itu di antara dua jari daripada jari-jemari Tuhan Yang Maha Pemurah ,Dia boleh sahaja membolak-balikkan ke mana-mana sahaja yang disukai-Nya“ . Seterusnya Baginda ﷺ pun berdoa: “Wahai Tuhan Kami Yang Maha Membolak-Balikkan hati-hati kami , arahkanlah hati kami ke arah ketaatanmu“~ Hadis Sahih riwayat I.Muslim
Teringat pula jawapan sesetengah klien yang saya jumpa. Bila ditanya tentang solat. Rata² bagi tahu "Biasalah..adalah juga lompong². Dalam seminggu lebih banyak hari tak cukup 5 waktu dari yang cukup." Hmm..tak pastilah biasa tu bermakna ramai je orang macam tu atau abai solat tu perkara biasa untuk dia.

Friday, 5 January 2018

Catatan 05012017 lagi - Bff Layla

Dari semalam lagi teringat point ni bila anak dara balik bercerita.
Hari pertama ke sekolah agama agak mendung rupa parasnya. Yalah. Sekolah baru. Kawan2 semua tak kenal. Jadi bila saya dan suami temankan, kami sempat jumpa 2 3 budak lain dan minta budak2 ni jadi kawan si Layla, anak ke-3 saya.

"Awak nama apa? Kawan dengan anak achik ye." :-)

Dan hari ini, 4 Januari 2018.

Layla: Seronoklah umi, Layla dah ada kawan baik. Nama dia Anis.

Umi: Alhamdulillah. Seronok umi dengaq.

Layla: Tapi kan umi ada sorang budak ni kan Layla tak suka. Sebab dia suka mencarut.

Umi: Ha? Mencarut?

Catatan 05012018

Jem 05012018

Fuh 2jam!

Itulah tempoh masa saya sampai ke pejabat pagi ini.
Lapar, pening, rasa nak marah jugak sikit. Walau dah macam2 zikir pasang. Hehe
Itulah lemahnya manusia. Baru diuji sikit dah tak tentu arah.
Padahal nak marah pada siapa?
Lambat sebab jem. Jem sebab hujan. Kenderaan jadi banyak dari biasa.
Jadi nak marah pada hujan ke apa? Hujan siapa yang turunkan? Nak marah pada Tuhan?

Astaghfirullah.

Secantik mana pun perancangan kita. Keluar rumah awal pun tapi kalau Allah tak izin. Tak jadi juga.
Allah sedang komunikasi dengan kita bahasawanya kita ni hamba yang hanya mampu rancang. Outcomenya dia yang tentukan. 

Yang penting apa 'ibrah di sebalik apa yang jadi kita boleh ambil. Apa yang Allah sedang nak bagi tahu kita sebenarnya. Sebab setiap hari ada ja benda atau perkara yang Allah sedang berkomunikasi dengan kita. 

Yang saya nampak hari ni hikmah hujan. Hebatnya hujan ni bukan sekadar air yang diturun dari langit membasahi bumi, menghidupkan segala yang perlu dan mahu tapi banyak lagi. Kalau rajin cubalah belek2 dalam alQuran tu. Banyak terjemahan ayat bermaksud hujan tapi kalimah Arab yang Allah guna banyak istilah. Setiap satu tu ada makna yang lain dan beza sikit. Dan tidak semestinya maksud hujan. Ada yang membawa maksud Azab. Cuba baca artikel ni. --> Kalimah yang digunakan al-Quran untuk Hujan. 

Hebat kan?