Sambil² mengemas rumah, melipat, menggosok di hujung minggu, tengok²lah apa yang kita ada. Dari baju, tudung, kasut, barang kemas, perkakas rumah milik sendiri atau ahli keluarga. Kadangkala rasa dah banyak, tapi bila ingin diguna rasa macam:-
"Ala..takde baju la nak pakai."
"Tudung takde yang match pula dengan baju."
Pernah?
Dan bila ke kedai atau melihat iklan online, ada saja barang yang kita rasa 'perlu' dibeli. Harga pula luar biasa murah. Sangat²lah menambah kuat asbab untuk membeli seolah² itulah sales kali terakhir. Usai membayar, tersenyum puas. Namun bila dapat barangnya timbul rasa sesal bila dah tak muat almari nak letak baju baru itu.
Untuk itu, marilah kita para wanita terutamanya, kita pegang moto di bawah. Dalam misi mengemas, simpanlah apa yang benar² perlu. Buang semua yang rosak. Sedekahkan jika masih elok tapi tak sesuai lagi buat kita. Membeli bila benar² perlu, bukan mengikut rasa yang sering mahu.
Terkadang perlu ditoleh juga zaman muda kita. 'Dressing' yang mungkin jauh lebih patuh syariah berbanding sekarang. Trend & brand mahal yang tidak mengikut piawaian hukum, tiada nilai di sisi Allah. Bimbang bila ditanya kelak lisan menjadi kelu. 'Gaji kamu yang banyak tak dapat beli tudung yang lebih labuh, pakaian lebih longgar?'
Harta walaupun halal tetap akan dipersoalkan, ke mana harta itu pergi, adakah untuk maksiat atau ibadah? Umur juga, adakah dihabiskan dengan amal atau amal menghabiskan kita menuju neraka?! والعياذ بالله
Kata ulama': "Sebanyak & sebesar mana kita mencintai dunia, sebanyak & sebesar itulah kita sedang meninggalkan cinta akhirat" الله 😥
#DiariSazahMumtaz
Sukarnya melawan nafsu.

No comments:
Post a Comment