Umi, macam mana jumpa ayah? Tengah jalan², terjumpa ke? Lepas tu cakap..."Hai awak apa khabar?"
Umi tergelak². Terkasima pun ya jugak. Tetiba je tanya soalan maut tu. Siap ada dialog lagi. Si ayah pula bila dengar, terus jawab: "Haah ye, umi tengah bawak buku, tetiba jatuh. Ayah tolong kutip." 😂
Teringat forum ambang tahun baru yang kami tonton dalam kereta tadi. Terkejut ustaz Haslin bila ditanya bagaimana bertemu kak Hawanya. Panel lain tak ditanya macam tu, geram jugak dia. Tapi dijawab juga.
Pulang dari Pakistan, beliau bertugas sebagai guru displin di maahad tahfiz. Isterinya ketika itu ketua pelajar. Maka diaturlah jodoh mereka oleh keluarga isteri. Hanya bergaji rm300, ikutkan logik tak mampu nak bernikah. Namun takdir Allah mengatasi tadbir, akhirnya mereka disatukan. Dalam sibuk berceramah, dikurnia 7 cahaya mata. Kalau tak ceramah, tak tahulah berapa. 😁
Bagaimanapun kisah jodoh kita, yang penting bagaimana kita mengurus amanah, memikul tanggungjawab. Sebagai suami, isteri, ayah, ibu, anak, menantu, ipar, biras. Ingatlah, setiap satu akan ditanya kelak.
Tagline #tilljannah #kauimamku di awal perkahwinan kadangkala dilupakan oleh sesetengah kita. Ada suami tergamak membiar isteri menanggung nafkah keluarga, malah sanggup pula bermain kayu tiga. Cemburu tak bertempat. Masih teringat ngerinya pengalaman seorang klien yang dipukul lebih 3jam tanpa henti oleh suami, hanya kerana mengesyaki isteri ada hubungan sulit dengan anaknya sendiri! Pelik.
Namun tak kurang juga di luar sana ketua² keluarga yang soleh. Yang setiap waktu menjaga solat jemaahnya. Kaki masjid yang turut membawa anak isterinya beriktiqaf di taman syurga. Bersingsing lengan membantu isteri di dapur. Menyidai dan mengangkat pakaian tanpa diminta. Inilah sunnah Nabi yang tak ramai boleh buat. Hanya dengan bantuan² kecil ini, isteri hilang penat.
Baru 7 hari kita melangkah ke tahun baru. Apa perkara baik yang sedikit berbeza dari tahun sebelum ini yang kita dah buat? Teruskan sahabat. 💪
Moga itu menjadi asbab kita beroleh rahmat Allah, bersama seisi keluarga seluruh keturunan menempah 'seat' ke Jannah. 😀
#DiariSazahMumtaz
Kalau dah jodoh...
Kalau dah jodoh...
No comments:
Post a Comment