Tuesday, 9 January 2018

Catatan 6 Januari 2018 - Cucuq

Anda sarapan apa pagi tadi? Nasi lemak? Bihun goreng? Cucuq?
Suami selalu pelik. Kenapalah banyak kuih utara ni dipanggil 'cucuq'. Coq badak, coq udang, coq bilis...eh macam² coq lagilah. Justifikasinya saya menerangkan cucuq adalah perbuatan mencucur adunan tepung ke dalam minyak panas di kuali. Sebab tu lah disebut cucuq. Macam tak sedap je panggil jemput². Gitu. 😁
Masa menggoreng cucuq tu, kena pastikan masak rata ke tak. Kalau saya, garing² sikit baru sedap. Jadi selagi tak perang² warnanya selagi tu saya tak balik²kan & angkat cucuq tu.
Bila dah balik²kan cucuq tu terbayang pulak kalaulah cucuq ni digambarkan jadi hati. Ya, HATI kita. Nabi ﷺ bagi tau siap dah kan, hati ni sifat dia berbolak-balik. Sat rasa nak buat baik. Sat rasa nak jadi nakai sikit. Tak tetap.
Dari Abdullah Bin Amru Bin Al-‘As (r.a) , dia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda : “Sesungguhnya hati-hati keturunan Adam, kesemuanya itu di antara dua jari daripada jari-jemari Tuhan Yang Maha Pemurah ,Dia boleh sahaja membolak-balikkan ke mana-mana sahaja yang disukai-Nya“ . Seterusnya Baginda ﷺ pun berdoa: “Wahai Tuhan Kami Yang Maha Membolak-Balikkan hati-hati kami , arahkanlah hati kami ke arah ketaatanmu“~ Hadis Sahih riwayat I.Muslim
Teringat pula jawapan sesetengah klien yang saya jumpa. Bila ditanya tentang solat. Rata² bagi tahu "Biasalah..adalah juga lompong². Dalam seminggu lebih banyak hari tak cukup 5 waktu dari yang cukup." Hmm..tak pastilah biasa tu bermakna ramai je orang macam tu atau abai solat tu perkara biasa untuk dia.

Namun hebatnya hikmah di sebalik ujian. Ada yang kembali solat bila diuji. Namun ada juga dengan ujian menjadikan dia putus asa pada Tuhan. Sejadah ditinggalkan. 'Saya tak solat sebab serabut. Kadang sampai tak ingat rakaat. Jadi lebih baik tak solatlah.'
Allahuakbar.
Risau betul bila difikirkan. Macam manalah pengakhiran kita nanti. Dalam keadaan Allah balikkan hati yang baik atau yang sebaliknya. Sesedap cucuq yang garing tadi, harapnya cinta & kasih kita pada Allah & Nabi mesti lebih lazat lagi.
▪️Rasa tak sabar setiap kali nak jumpa الله dalam solat.
▪️Rasa seronoknya baca Quran.
▪️Rasa nak sebar & belajar ilmu² الله.
▪️Terujanya nak layan baik² suami, anak², keluarga, kawan², orang sekeliling.
▪️Kenyangkan perut mereka dengan air tangan kita.
▪️Gembirakan mereka dengan kata & tingkah kita yang santun dan penuh hikmah.
Moga menyala² nur Iman & Islam itu pada setiap denyut nadi kita. Hingga ke hujung nyawa.
*اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة*
#DiariSazahMumtaz
Belajaq dari cucuq 

No comments:

Post a Comment