Thursday, 25 April 2013

Menghantar Aura Negatif

"Setiap kali kita menaip posting/status di facebook yang bersifat negatif:


[Aku sakit kepala/demam/batuk hari ini]
[Arrghh...hanginnya dengan mamat tu!]
[Apa punya la %^*(())&%$## !!]
[Rasa macam nak belasah je...] & pelbagai lagi yang negatif...

Kita sebenarnya sedang menghantar aura yang negatif kepada semua yang membacanya...& aura ini akan mempengaruhi orang-orang tersebut juga..
(boleh lihat dalam komen2..."ooh kesiannya...tu la aku pun sama..& sbgnya")






Apa tindakan kita?

1. "Unfriend orang-orang yang sering menulis perkara-perkara negatif tentang dirinya atau orang lain" supaya kita tidak turut terkena tempiasnya.
(pendapat Prof Dr Muhaya)


 







...atau mungkin..

2. Kita tak perlu unfriend orang-orang itu. Keep on posting positive things & inspiring so that those negative people will become positive & inspired with our posting as well, in syaa Allah.

Ayuh kita mula update perkara-perkara yang seronok-seronok dan baik-baik sahaja ya?

Gaji Barakah

Hari ni GAJI !!!!!


 
" Nak bayar hutang rumah..kereta..api..air..insuran..pengasuh anak...sekolah anak..barang dapur..tudung baru ke satu...kasut pun macam dah buruk sikit ni..handbag pun dah tercabut zip..eh kena beli baru la..Oh raya pun dah x lama, kena start shopping ni...bla..bla..bla"
Senarai yang sangat panjang dan takkan pernah habis..

Antara tip menambah keberkatan pada gaji kita setiap bulan..

1. Orang pertama yang kita harus berikan/ transfer duit adalah ORANG TUA kita!!!

Tak dapat 1000..500 ke..200? 100? 50?
Banyak sangat? tak cukup la nak bayar macam2 ni..
Apa kata RM10 atau RM5 atau paling minima RM1???


Imbas sebentar wajah ibu & ayah kita..
Ya, tiada nilai RM yang setara dengan jasa2 mereka..
Kita beri atau tidak pun mereka langsung tak kesah..
Tapi percayalah, amalan ini bakal menambah barakah!
Duit akan terasa cukup sahaja, in syaa Allah..

2. Dapat sahaja gaji..berdoalah
"Ya Allah aku bersyukur atas segala nikmatMu..
Cukupkanlah rezeki yang Kau berikan ini ke atasku ya Allah"

Dah 10 tahun kerja tak pernah bagi laa....
Tak mengapa..Better late then never..
Kita mula hari ini dengan gaji bulan ini & bulan-bulan seterusnya??


Wednesday, 24 April 2013

Tips Jadi Bahagia & Membahagiakan!!!

Secara umumnya, kita perlu banyak bahagiakan orang lain untuk bahagiakan diri sendiri.

Caranya? Adalah melakukan sedikit perubahan.
Ketika ke tempat kerja..mulakan dengan:




1. Senyuman- maniskan muka selalu

2. Beri salam - pada semua orang yang kita jumpa

3. Sedekah Doa pada orang lain
Bila lihat orang susah hati, biasanya hati tertanya
"kenapala muka dia ni ketat sangat?"
"dia ni time solat je ngelat la tu!"
"rugged nya minah ni, tak reti-reti ke nak pakai tudung?"

Gantikan kalimah2 tersebut dengan niat:
"Ya Allah gembirakanlah dia"
"Ya Allah berilah hidayah pada sahabatku ini untuk berubah"

4. Beri hadiah - tanpa perlu tunggu hari jadi/ perayaan.

- contoh beli tudung untuk kawan pejabat..dengan niat saja-saja.
kerana Nabi sebut "Kalau kita nak saling berkasih-sayang hendaklah saling memberi hadiah"
Sesungguhnya perasaan ini akan mewujudkan rasa seronok, orang niat berjahat pada kita pun tak jadi.

- Seorang pengkaji Barat pernah menguji samada membahagiakan orang akan membuatkan kita bahagia. Contoh dalam keadaan sedang stress dalam kereta, ketika bayar tol, dia bayarkan untuk orang di kereta belakang walau tak kenal. Walau tak tahu apa reaksi orang tersebut, tapi ternyata ia amat menggembirakan diri sendiri! 
(amalan ini boleh dibuat sesekali/ bila mampu)


Nabi pernah juga berpesan..
"Kita penuhi hajat orang lain, orang penuhi hajat kita."

- Isi beg dengan coklat/gula-gula..beri pada mana-mana kanak-kanak2 bila berjumpa.

- Buat cekodok/jemput-jemput..beri pada kanak-kanak di taman perumahan kita makan.

- Beli selipar jepun rm2, letak di mana-mana masjid/surau

Waktu susah hati..jangan tunggu orang selesaikan masalah kita. Buat sesuatu untuk gembirakan orang lain.
Nabi sebelum balik ke rumah, pasti di tangannya ada buah tangan.

Cubalah tips -tips di atas, Allah akan beri ganjaran, in syaa Allah.

Perkongsian dari Ustazah Noor Laila Aniza - Slot Motivasi Pagi di Radio IKIM 24042013 - 7.30-7.40am

Tuesday, 23 April 2013

TIPS RUMAHTANGGA: Ajaibnya Tangan yang Memasak...

Tiada apa yang lebih menggembirakan si ibu apabila melihat seisi keluarga kenyang dengan hasil air tangannya sendiri. Namun adakah masakan tersebut ada nilai barakah di sisi Allah?

Berikut adalah tipsnya:



1. Zikrullah (mengingati Allah)
Jika kita memasak sambil disulami zikir-zikir mengingati Allah
"Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar", maka zikir-zikir tersebut akan turut masuk ke dalam perut bersama-sama suapan yang kita makan..




Wednesday, 17 April 2013

Dapatan Kelas Fiqh Siri 4/2013 pada 120413

Kuliah yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustazah Asmak Husin - Pensyarah CITU, UITM Shah Alam


Berikut sekadar intipati isi yang disampaikan oleh Alfadhilah Ustazah mengikut silibus di dalam kitab Fiqh Mazhab Syafie**. Namun mengikuti kelas secara langsung dengan penerangan & contoh2 yang jelas akan meningkatkan lagi mutu pemahaman seseorang ke atas persoalan fiqh yang sangat luas bentuk & keadaannya. Walaubagaimanapun, diharapkan sedikit sebanyak dapatan ini dapat dijadikan garis panduan dalam kita menjalani kehidupan harian, in syaa Allah.

Rujukan lepas:
Dapatan Kelas Pengajian Fiqh Siri 2/2013
Dapatan Kelas Pengajian Fiqh Siri 3/2013

** Kitab Fiqh Mazhab Syafie Versi Pdf

Imbas kembali...

BAHAGIAN-BAHAGIAN MANDI

1. Mandi yang diwajibkan
2. Mandi yang disunatkan