Tuesday 18 November 2014

Nadi al-Baghdadi & Me

Sekadar Perkongsian.

Saya pasti setiap kita berkongsi satu tujuan yang sama setelah mengambil keputusan memasukkan anak-anak ke sekolah yang ada silibus Tahfiz. Saya memilih www.sriti.com.my Salah satunya agar mereka mampu menghafaz ayat-ayat suci al-Quran selain dapat istiqamah solat jemaah dll. Maka bersungguhlah kita pastikan anak2 tasmi' hafazannya saban hari. Ia bukan kerja mudah. Akhirnya saya merasakan, 'dari aku dok susah payah suruh anak hafaz, apa kata aku pun hafaz sama.' Bila maknya beriya2, anak2 pasti akan turut serta. Alhamdulillah, dipertemukan dengan kaedah hafazan yang sangat menarik. Kelasnya pula dekat dengan rumah. Saya kira ini pentunjuk Allah menjawab lintasan niat saya itu. Jika diabaikan, alangkah tidak bersyukurnya saya. Keluarga juga sangat menyokong, alhamdulillah.



Kaedah Hafazan Nadi Al-Baghdadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramai yang telah tahu kaedah ini. Pantas orang berkata 'oh, yang mengaji ketuk-ketuk tu ke?'. Ya, tapi itu hanya untuk pengajian Al-Quran. Dalam hafazan, tidak ada lagi ketuk-ketuk.

Setelah 2 bulan mengikuti kelas ini bersama anak sendiri yang berusia 8 tahun, saya melalui pengalaman yang luar biasa. Selama tempoh itu, kami selesai menghafaz Surah an-Naba' sebanyak 40 ayat. Bukan sahaja ayat 1-40, tapi mampu mengeluarkan semula hafazan walaupun tidak mengikut susunan, ayat2 genap (2-40) & ayat2 ganjil (1-39) dan juga ayat2 pilihan secara rawak. Senang kata. .sebut sahaja ayat berapa surah Annaba'. .InsyaAllah boleh terus bacakan ayat tersebut. Subhanallah! Ia hafazan yang sangat mantap!

Malah sahabat2 hafizah dari Darul Quran juga menyatakan kekaguman mereka, tidak pernah mereka dapat menghafaz sedemikian rupa. Yang lebih mengharukan, apabila ada ayat yang saya terlupa ketika membacakannya di dalam solat jemaah, anak2 tahfiz inilah pantas membetulkan dari sof belakang! Anak ini juga sering diusik di dalam kelas kerana 'para makcik & nenek' rasa tercabar dengan satu-satunya pesaing cilik mereka itu...Alhamdulillah

Teknik ini menumpukan pengaktifan otak kanan dalam memudahkan penghafazan. Seperti yang ramai sedia maklum, kebiasaanya kita hanya menggunakan otak kiri untuk menghafaz. Hafazan yang dilakukan dengan otak kiri adalah berbentuk mengikut turutan dan susunan tertentu (logik). Penghafalan dengan satu dimensi ini sahaja amat memenatkan dan ianya hanya menggunakan 50% kemampuan sebenar kita.





Di dalam kelas, peserta akan diberi pendedahan bagaimana ingin mengintegrasikan otak kanan dalam penghafazan. Otak kanan yang memproses maklumat secara holistik (menyeluruh) dapat memantapkan lagi hafazan dan memudahkan penerimaan maklumat sekali gus mempercepatkan hafazan.

Ingin tahu dan rasai sendiri keseronokan dan betapa mudahnya menghafaz al-Qur'an?

Lihat ini:-



 

Maklumat lanjut boleh pm di fb saya atau terus hubungi Ustaz Azri 014-5051823 Nadi Al Baghdadi Seksyen 7, Bangi (di belakang restoran Red Wok) untuk maklumat lanjut. Pengambilan intake ke-3 akan bermula Rabu ini 19 Nov 2014.

Saya tidak ada saham di dalam syarikat ini.

Sekadar memanjangkan manfaatnya moga dapat menumpang sedikit saham akhirat.

Ingin turut serta menjana saham dunia & akhirat? Ayuh jadi Perunding Nadi? Layari Di Sini 

 Jom Nadi?!

Perkongsian topik yang sama di SINI

1 comment:

  1. Thanks for sharing.saya jg mengalami yg sama...sy mahu bersama anak2 menghafaz.insyaallah sekejap lg nk ke center section7 Bandar Baru Bangi.

    ReplyDelete