Tuesday, 18 June 2013

Al-Baghdadi@ Kedai Asnaf

Di awal penubuhan, tempat ini berperanan memberi makan tengahari percuma kepada setiap pengunjungnya. Kemudian, pelbagai pengisian kerohanian mula diisi sebelum acara makan tersebut bermula. Salah satunya adalah Kelas Pengajian AlQuran teknik AlBaghdadi setiap Isnin & Rabu selama setengah jam.



Tekun mendengar kelas ustaz

Wah..tawadhuknya...hehe
sa..ja..da...!
sebut macamana? 1...2...3..ketuk!
Adik2 PICOM turut bersemangat!

 Alhamdulillah, semalam 10 Jun 2013..
tercatat sejarah apabila salah seorang pengunjung Kedai Makan Asnaf
menyatakan hasrat: "Ustaz...saya mahu masuk Islam"
"Ok, saya syahadahkan kamu sekarang!"






Lalu buat pertama kalinya, premis yang baru memasuki setengah tahun operasi ini telah menyaksikan beliau disyahadahkan di sini!
Beliau kemudian di bawa ke unit saudara baru JAWI untuk proses dokumentasi.
Ketika ditanya, kenapa uncle nak masuk Islam?
Jawapan ringkas beliau:
"SAYA MAHU MATI DALAM ISLAM!!!"

Allah ya Allah..
Sungguh hidayah Allah tidak akan siapa dapat menyangka..
siapa? di mana? bila? bagaimana caranya?
Yang penting, kerja dakwah perlu berjalan dan terus berjalan..
Moga setiap usaha kita..kecil atau besar..akan mendapat keberkatan, in syaa Allah!

Terima kasih Ustaz Muhamad Khairul Arifin!!

Perkongsian berita berkaitan sebelum ini:
http://www.jawi.gov.my/arkib-berita/864-majlis-perasmian-kedai-makan-asnaf-1malaysia.html
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM1_2jutasetahunbiayaoperasiKedaiAsnaf1Malaysia/Article/index_html


My fb status 11 Jun 2013

No comments:

Post a Comment