Info: Menara UMNO is a 21-storey skyscraper at
128 Macalister Road in George Town, Penang. It is located at the
junction of Macalister Road and Jalan Zainal Abidin. The building is
93.6 meters tall, to the height of its roof. It was completed
in 1998 and designed by local architect Kenneth Yeang of the firm T.R.
Hamzah & Yeang. Special features of the skyscraper includes its wing
walls that are positioned to catch prevaling winds. Its windows and
balcony doors can be adjusted to control the flow of air and manage
ventilation.
source:
http://www.penang-traveltips.com/menara-umno.htm
Jalan Zainal Abidin..lebih 10 tahun rasanya dibesarkan di sini.
Sungguh amat terkejut dengan apa yang terjadi.
Walau secerdik mana manusia, sekuat mana pun binaan,
tetap ia tidak mampu mengatasi kuasa 'kun fa yakun' Tuhan..
Sekalung takziah kepada yang ditimpa musibah..
Moga ketabahan, kesembuhan dan redha mengiringi semua hambaNya yang
pastinya sangat istimewa kerana terpilih dan dipilih Allah..
Moga tidak ada antara kita yang membuka ruang2 syaitan dengan kata2:
"Ya Allah...nasib baik laa aku tak lalu kat situ.."
"Selalu aku memang dok lalu jalan tu, untung laa aku lalu kot lain semalam.."
"Laa ish...awat la aku pi lalu tang tu semalam..."
Ayuh kita renungkan hadis ini:
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia
mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita
kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku
pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi
ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya
yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu
Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan
oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya
(Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi
suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.” (Muslim)
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua.
Wallahua'lam.
Fb Status 14 Jun 2013
No comments:
Post a Comment