Monday, 24 June 2013

Program Perlatihan Kecemerlangan Wanita Modul Advance— 23 Jun 2013—Masjid Negara, Kuala Lumpur





ICE-BREAKING



Amalan Rasulullah setiap kali bertemu sahabat baru atau sahabat lama yang lama tidak berjumpa:

SENYUM 3 (senyum sambil sebut nombor 3)- sifat senyum Nabi : nampak gigi, pecah pipi

 





MODUL: AKU SEHELAI KERTAS





 






MODUL: SOLAT KEKASIH HATI


 














 MODUL: THE POWER OF QALBU













MODUL: WANITA 3K- Kesihatan, Kecerdasan, Kecantikan

 


MODUL: ONE DAY ONE AYAT




Sekeping keropok yang besar..
Ada sesiapa yang boleh makan sekaligus dengan sekali ngap sahaja?
Susah bukan?..malah mungkin mustahil..

Begitulah juga satu mushaf AlQuran..30 juzuk..114 Surah..6,236 ayat..
Rasanya tiada siapa yang mampu menghafalnya sekaligus dalam masa yang singkat..
Dengan kesibukan yang amat (sangatttt)..
Bukan pula lulusan maahad tahfiz..pondok..ia kelihatan seperti mustahil!

Jadi sebagaimana kita perlu menikmati keropok tadi sedikit demi sedikit..
Itulah juga yang perlu kita lakukan terhadap Al-Quran.







Apa kata kita mulakan hari ini- ONE DAY ONE AYAT-
Satu ayat sehari..24 jam..sempat tak?
Berkonsepkan 3M:
1. Mulai dengan hal yang kecil
2. Mulai dengan diri sendiri (bukan suruh anak..suami atau isteri)
3. Mulai hari ini!!!
Metodologi:
ayat Baru + ayat lama

Ambil surah yang senang dahulu..Surah Yaasin mungkin? (mungkin tidak senang, tetapi biasa dan kerap dibaca)
Ok hari ini 24 Jun 2013 bermula jam 10 pagi - selama 24jam-
kita hafal ayat pertama sahaja - YAASIIN -  


 
Sebut dan ulang berkali-kali..
Sambil basuh dan sidai baju di rumah..
Sambil menaip atau sambil mesyuarat di pejabat..
Hanya ayat pertama..




Kemudian,
Esok 25/6 - ayat 2
Lusa 26/6 - ayat 3
27/6 - ayat 4
28/6 - ayat 5
29/6 - ayat 6
30/6 - ayat 7

Pada hari yang ke-7..bungkus dan ikat 7 ayat tersebut..
Bagaimana? PRAKTIS DALAM SETIAP SOLAT FARDHU..
Kalau sebelum ini rakaat pertama, Surah Al-Kauthar..
Hari yang ke 7 itu kita gantikan dengan 7 ayat dalam Surah Yaasin yang telah kita hafal..

5x sehari..7x seminggu..dalam setiap solat..
 

1-7 Julai mulakan dengan ayat ke 8-14 pula, bungkus dan ikat dalam solat..
& seterusnya, ulang proses yang sama..

Jika anda berjaya lakukan ini....bermula tarikh posting ini ditulis...
In syaa Allah pada 17 SEPTEMBER 2013,
Kita akan bergelar AL-HAFIZ/AH AL-QURAN bagi Surah Yaasin,
Alhamdulillah wallahuakbar!

Ayuh kita mulakan 'misi' ini, hari ini...

Jangan tangguh-tangguh lagi!
Mulakan dengan Surah yang mudah-mudah dahulu:-
1. Surah Yaasin
2. Surah As-Sajadah
3. Surah Al-Mulk
4. Surah Al-Waqiah
5. Surah2 Lazim
atau sekurang2nya penghafaz 3 Juzuk - 28,29 dan 30

Berapa lama untuk jadi Al-Hafiz 30juzuk Al-Quran?
1 hari 1 ayat = 17 tahun
1 hari 1 m/s = 3 tahun 7 bulan
1 hari 2 m/s = 1 tahun 6 bulan
1 hari 4 m/s = 8 bulan 



Jika hari ini umur anda 20 tahun, dengan ONE DAY ONE AYAT-
pada umur 37 tahun, biiznillah anda akan bergelar AL-HAFIZ/AH!

Jika tidak mampu buat yang besar, jangan tinggalkan yang kecil!!
Jom kita mula...!

(Modul ini telah diaplikasi di International Tahfiz Darul Quran Jakarta)

Jutaan penghargaan atas ilmu yang tidak ternilai ini:
Ustazah Nor Hafizah Musa, Dr. Azahar Yaacob &
seluruh team Daraini Management Training & Consultancy
Program Perlatihan Kecemerlangan Wanita Siri Lanjutan
23 Jun 2013 - 8am-7pm
@ Masjid Negara Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment