Program Tadarus dan Khatam Perdana Surau Al-Muhajirin '13 (Gambar)
Ceramah Nuzul Al-Quran oleh Alfadhil Ustaz Hazman Hashim JAWI
01 Ogos 2013
Antara yang sempat dikongsi...
Kaedah Islah Masyarakat Jahiliyah yang Nabi anjurkan:
1. Membaca & menyampaikan mesej Al-Quran -
2. Pembersihan hati dan jiwa (tazkiyatun nafs)
- semua sifat baik dan jahat berpunca dari HATI. Jasad kita tidak mahu buat maksiat, tapi hati yang kotor itulah punca berlaku kemungkaran
Tanggungjawab terhadap Al-Quran
1. BERIMAN SELURUH YANG ADA DALAM AL-QURAN
Setiap huruf, kalimah, ayat, surah dan juzuk perlu kita percaya dan yakini. Walau 1 huruf ditolak, rosak iman kita
Krisis sekarang- kita percaya tapi tak yakin!
Analogi seorang yang boleh berjalan di atas tali kecil...semua yang melihat akan percaya, tapi untuk melakukannya tidak kerana kita tidak YAKIN!
2. BACA, FAHAM DAN HAYATI AL-QURAN
- Letakkan target: 10 ayat 1 hari contohnya..ia perlu dibaca, difahami dihayati dengan sebenar-benarnya agar boleh diaplikasi.
3. KEWAJIPAN BELAJAR dan MENGAJAR
- Bagi yang telah mahir, wajib padanya untuk mengajar. Manakala yang belum mahir, wajib padanya untuk belajar dan terus belajar.
Hilangkan sifat malu (kerana tidak tahu) sesama manusia. Malulah pada Allah kerana tak pandai baca Al-Quran. Allah sentiasa melihat pada USAHA setiap hambaNya..
Di penghujung Ramadhan, apa yang perlu kita buat?
1. BERJAGALAH PADA MALAM HARI dengan NIAT MENGIKUT SUNNAH NABI - bukan kerana mengejar Lailatul Qadar!!!
Di Yaman, kebanyakan masjid-masjidnya memulakan terawihnya pada waktu yang berbeza..Jam 9.00, 10.00, 11.00 malam, malah ada yang mula pada 2.00 pagi!
Tujuannya agar setiap saat pada setiap malam tersebut dapat dihidupkan. Malah ada seorang syeikh yang berumur lebih 70 tahun pernah menunaikan solat terawih sebanyak lebih 100 rakaat!!! Subhanallah!
2. Perlu tahu bahawasanya ganjaran Lailatul Qadar bukan bersamaan dengan 1000 tahun, tetapi LEBIH BAIK DARI 1000 TAHUN !
Berapa? Ia terlalu besar..Hanya Allah yang tahu..
3. Banyakkan:
- Mohon maghfirah/keampunan
- Mohon bebas dari azab neraka
- Banyakkan menangis/menyesal atas dosa
3 Golongan manusia yang Allah tidak akan menerima amalan mereka walaupun ketika LAILATUL QADAR:
1. Golongan yang memutuskan silaturrahim - Maka, banyakkan memohon maaf bermula sekarang, bukan tunggu hari raya pertama!
2. Golongan penagih arak/ perkara2 yang memabukkan termasuk dadah
3. Golongan yang derhaka terhadap kedua ibu-bapa - Yang jauhi perlu hubungi sentiasa, mohon maaf dan redho mereka sentiasa!
Na'uzubillah min zalik..moga tiada antara kita yang tergolong dalam mana-mana golongan tersebut.
Jika masih tiada perubahan selepas Ramadhan ini, maka berdoalah agar Allah menukar hati-hati kita dengan hati yang bersih, suci dan sentiasa dilimpahi Nur dan HidayahNya..
Ayuh kita mantapkan yang wajib, perbanyakkan yang sunat.
Jika tidak mampu buat banyak, jangan tinggal yang sedikit..
Selamat meneruskan ibadah..Selamat mencari redha Allah..Selamat mengamalkan yang Sunnah..Moga kita sama-sama beroleh keberkatan dariNya..
No comments:
Post a Comment