Perkongsian dari sahabat lain: fb status 2/8/2013
Surat Teguran Seorang Muslimah Untuk Majalah Hijabista
Ke hadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi…
Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda
‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep
‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah
(termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang
teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi
keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung
termasuklah majalah anda
Tudung ini bukan berfungsi sebagai
‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain
atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej
lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita
beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan,
kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak
langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan
biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.
Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah
model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah
satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan
apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu
rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan
yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi
rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda
menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil
menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?
Majalah
anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan
dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya
menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung
berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu
mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya
wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu
menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN
pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka
dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam,
kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.
Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk
menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan
dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan
merepek.
Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah
pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya
dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada,
tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata,
majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut
nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak
langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda
tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda
menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian
ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah
pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan
muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya.
Ianya palsu semata.
Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai
hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan
adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh
hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami
perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah
yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami
mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej
apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai
dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam
Ikhlas,
Muslimah yang Risau
No comments:
Post a Comment