Thursday, 10 October 2013

Mudahnya Menghafal Al-Quran

Kita mungkin..
Seorang kakitangan dan pegawai kerajaan, suri rumah, imam surau, ahli perniagaan dan sebagainya.
Masa sering dijadikan alasan untuk tidak sempat menghafal, bahkan tidak sempat membacanya juga (mungkin)?

* Otak juga akan dipersalahkan kerana sebab-sebab berikut:
1- Saya susah menghafal disebabkan otak sudah penuh.
2- Apabila menghafal, otak saya selalu tersangkut.
3- Saya sudah tua, otak tidak secerdas dahulu.
4- Amat susah memasukkan al-Quran ke dalam otak yang sudah berkarat.



* Hati pula dikatakan sudah sekeruh Sungai Klang, bukan seperti Rasulullah, putih, bersih. Mana mungkin untuk menghafal?

Akan tetapi tahukah kita..

* Dengan berjuta ingatan dan informasi tersimpan dalam ingatan sejak kecil hingga sekarang, kita hanya menggunakan tidak sampai 1 % SAHAJA daripada potensi sebenar otak. Dalam kita mengagumi kehebatan pc menyimpan data, kita sepatutnya lebih kagum dengan otak ciptaan Allah:

"Pada diri kamu sendiri, mengapa tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil dan bukti)? Surah az-Zariyat: ayat 21

Sebenarnya...
1- Kemampuan otak yang dianugerahkan Allah tidak terbatas
2- Kemasukan 6,236 ayat al-Quran dalam otak, tidak mengakibatkan gangguan kepada otak.
3- Otak mendapat keberkatan. Ini kerana, al-Quran bukan berfungsi sebagai mesin penambah, tetapi lebih mirip kepada mesin pengganda.
Kaedah sifirnya bukan 1+1=2 tetapi 1+1=20. Ini difahami daripada hadis.

[Siapa membaca satu huruf daripada al-Quran mendapat satu ganjaran kebajikan, setiap kebajikan itu digandakan 10 kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah satu huruf, Lam adalah satu hrufu dan Mim adalah satu huruf] Direkodkan oleh At-Tirmizi

* Benar, hati kita tidak sebersih hati Rasulullah yang telah disucikan dengan air zam-zam, tetapi tidak bermakna, hati kita tidak dapat dibersihkan. Oleh kerana hati kita keruh seperti Sungai Klanglah, jadi kita perlu menghafal al-Quran sebagai penyuci, Qiamullail sebagai peluntur, supaya hati akan menjadi lebih putih.

Sebagai langkah permulaan, memadai dengan menghafal 10 surah popular dahulu. Jika cabaran ini berjaya di atasi, baki 104 surah lain menjadi lebih mudah. Hari yang dilalui ketika menghafal menjadi bernilai tinggi di sisi Allah kerana anda sedang mengamalkan satu daripada sunnah Rasulullah yang agung, iaitu menghafal al-Quran.

"Petikan Buku Kaedah Jibril: Teknik Mudah dan Praktikal Menghafal al-Quran" oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob

Cadangan bacaan berkaitan-
http://asraffayob.com/dunia-hafazan-al-quran/saya-nak-start-menghafaz-ramadhan-ni-tapi-sibuk-sangatlah-ustaz/

Cadangan kaedah menghafal al-Quran 1 Day 1 Ayat - http://mumtazahsanusi.blogspot.com/2013/06/program-perlatihan-kecemerlangan-wanita.html

No comments:

Post a Comment