Kuliah Tafaqquh Ad-Deen -
oleh Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Kitab: Al-Ihkam Syarah Al-Hikam
(Hikmah 15 - 17)
Tarikh: 10 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat: Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara
Anjuran: Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI
untuk Pegawai-Pegawai Masjid dan Guru-Guru Takmir
di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sedikit perkongsian..
Hikmah 17:
Tidak terlepas daripada Kejahilan sedikitpun
"Tidak terlepas daripada kejahilan sedikitpun sesiapa yang berharap akan terjadinya sesuatu yang lain pada waktu yang tertentu selain yang dizahirkan oleh Allah padanya"
Contoh:
Kita sering doa naik pangkat & gaji cepat. Minta pula ayah & ibu doakan juga. Tapi tak dapat-dapat pun. Selepas ibu ayah meninggal barulah diperkenankan Allah doa itu. Kita merasakan: "Kalau aku dapat naik pangkat dulu lagi boleh tunjuk kat mak ayah, sekarang dah tak bermakna". Mengapa tak Allah kabulkan doa kita awal?
Banyak hikmah antaranya mungkin:
1- Kematangan & Pengalaman - kita tak diberi pada masa itu kerana belum cukup matang & bersedia memikulnya.
2- Syukur - barangkali nikmat itu tidak pun menambah iman & syukur kita tapi bongkak & sombong pula (tak peduli pun mak ayah pada masa itu). Sesungguhnya Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu!
Antara tanda orang jahil :- apabila dimakbulkan doa seperti yang diminta, keluar dari mulutnya
"Hmm..patutnya aku dapat lama dahhh" Na'uzubillah..
Hikmah 18:
Menunda Amal Kebaikan kerana Menantikan Kesempatan
"Kamu menunda amal kebaikan kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa"
Sering kita mendengar dialog ini:
"Kenapa tak datang masjid tuan?
1. Hmm..business saya baru set up la imam, dah establish nanti saya datang punya.
2. Saya bukan tak nak datang, meeting pagi petang siang malam..
3. Saya memang sibuk sangat, in syaa Allah lepas pencen nanti imam bilal tak datang lagi saya akan sampai dulu, setiap hari! "
Allah ya Allah..
Antara kebodohan seseorang ialah cuba menunggu-nunggu peluang tetapi tidak mencipta peluang. Ia merupakan pembaziran masa & amalan!
Pastikah kita..bila sebenarnya waktu lapang kita?
Masih hidupkah kita selepas pencen??
Kajian pakar-pakar perubatan menunjukkan jangka hayat orang Asia lebih pendek dari orang Eropah. (cth kencing manis & darah tinggi, orang Asia lebih 10tahun lebih awal kena dari orang Eropah).
Hidup kita memang sangat singkat..
Saya paling benci dengan golongan yang memegang jawatan (agama terutamanya) tapi tidak berbuat apa-apa untuk agama. Hanya selepas tidak punya kuasa "patutnya dulu aku buat begini begitu!"
Sementara punya kudrat apatah lagi kuasa, cipta dan buatlah sejarah yang baik sebelum kita mati. Orang yang paling baik ialah orang yang mati dan dosanya mati bersamanya sedangkan pahalanya tetap hidup & berterusan. Orang yang paling buruk, yang mati tapi dosanya masih kekal berterusan.
Bila nak berubah?? Nak tunggu bila lagi???
Menjawab soalan peserta yang hadir:
Bagaimana mengajak lebih ramai orang ke masjid/surau?
1. Usaha & doa
2. Menjaga hubungan dengan Allah
3. Menjaga hubungan dengan manusia - hubungan yang ampuh.
Banyak tugasan masyakat kita MASJIDKAN!! contoh:
1. Kenduri - tawarkan pada umum untuk buat di masjid/surau kita tanpa kenakan apa2 bayaran. Dengan kos api, air & sebagainya, mereka pasti akan faham walau tanpa diminta.
2. Tahlil - tawarkan kenduri tahlil di masjid (terutamanya pada malam pertama selepas arwah meninggal, keluarga masih sedih). Dalam mengendalikan majlis itu, selitkan doa "Ya Allah kamu berkatilah keluarga almarhum ini, dekatkanlah mereka dengan rumahMu ya Allah"
Pasakkkan dalam masyarakat apa itu masjid, ia bukan sekadar tempat solat & majlis ilmu, tapi lebih dari itu.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment