Thursday, 10 October 2013

Kuliyah Muslimat: Mencari Redha Allah dalam Kerjaya & Rumahtangga



4 Oktober 2013M / 28 Zulkaedah 1434H (Jumaat) -
 
Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Badan Agama & Kaunseling Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (BAKA IPKKL) telah mengadakan Program Kuliyah Muslimat bertempat di Dewan Meranti, Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.


Program satu jam setengah ini menampilkan penceramah dan juga pensyarah Akademi Islam Universiti  Teknolgi Mara Shah Alam Y.Bhg Ustazah Asmak Bt Husin. Ceramah bertajuk 
"Mencari Redha Allah dalam Rumahtangga dan Kerjaya" ini telah berjaya disampaikan kepada lebih 100 orang isteri dan kakitangan muslimat IPK dan IPD seluruh Wilayah Persekutuan.







Antara perkongsian menarik; Lelaki dan wanita diciptakan Allah SWT berbeza kerana sesuai dengan tugas dan peranannya di dunia. Walau apa pun kerjaya dan jawatan yang disandang, wanita ditugaskan kerja hakiki sebagai pengurus rumahtangga atas faktor emosi yang intuitif dan akalnya yang mampu berfikir banyak perkara pada satu masa. Namun dalam mengimbangi kepentingan kerjaya dan rumahtangga, wanita harus bijak meletakkan prioriti. Apabila berdepan dengan sesuatu masalah, mereka harus mengenal dan status diri dan menjaga hubungan dengan Allah secara istiqamah. Belajar menerima takdir Allah dalam erti kata menerima ketentuan yang ditakdirkan namun pada masa yang sama meningkatkan keadaan tersebut kepada yang lebih baik. Sama ada ibu, isteri, pensyarah dan pendakwah, kesemua bidang harus diseimbangkan dengan cemerlang. 


No comments:

Post a Comment