27 September 2013M / 21 Zulkaedah 1434H (Jumaat) -

C
awangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan
Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama
Badan Agama & Kaunseling Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
(BAKA IPKKL) telah mengadakan
PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM bertempat di Dewan Meranti, Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.
Program hampir dua jam ini menampilkan penceramah dan pakar motivasi
Y.Bhg Ustaz Idzhar B Jumali, Perunding
Utama Selfcure Resources dengan ceramah bertajuk "MOTIVASI SIKAP" yang
telah berjaya disampaikan kepada hampir 150 orang kakitangan IPK dan
IPD.

Antara perkongsian menarik; Motivasi S.I.K.A.P adalah singkatan dari
Suka, Ilmu, Iman dan Ihsan, Keadaan, Amalan dan Perjuangan. Ke
arah meraih kecemerlangan yang holistik perlu kepada dua pakej berkembar
- fizikal dan spritual. Secara fitrahnya, manusia suka kepada
kebaikan. Anologi kepompong yang berubah secara semulajadi menjadi
rama-rama, perubahan untuk menjadi lebih baik perlu datang dari dalam
diri seseorang, kemudian disebarkan dalam kelompok seterusnya sesebuah
organisasi. Ia perlu dibentuk dalam fikiran, dilafazkan dengan
perkataan, dizahirkan dalam tindakan dan apabila dilazimi akan menjadi
kebiasaan.
No comments:
Post a Comment