Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan
Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah
mengadakan Diskusi Ilmu: Kelebihan 10 Terawal Zulhijjah & Hari
Arafah bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.
Program ini telah mendapat sambutan luar biasa apabila
dihadiri lebih 200 peserta di kalangan kakitangaan kerajaan, swasta, NGO dan
masyarakat awam. Diskusi berkenaan buku " Kelebihan 10 Terawal
Zulhijjah & Hari Arafah" karangan Al Hafiz Ibnu Nasir Al Din Al
Dimasyqi seorang tokoh ulama' Syria yang hebat ini disyarahkan oleh Y.Bhg Dato'
Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin ,
Pengerusi dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan. Turut hadir Y.Bhg Ustazah Azizah Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah
Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Y.Bhg Tuan Hj Zakariah Bin Isa, Imam
Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daripada ibn Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda:
"Tiadalah dari hari-hari itu yang lebih suci, lebih dikasihi oleh Allah
SWT dan lebih besar kedudukannya daripada kebaikan yang diamalkan pada sepuluh
hari terawal bulan Zulhijjah". Riwayat Abi Hurairah r.a pula sabdaNya:
"Tiada daripada hari-hari di dunia yang lebih dikasihi oleh Allah SWT
untuk beribadah kepadaNya daripada hari-hari yang sepuluh. Puasa setiap hari
dan hari-hari yang sepuluh ini menyamai puasa setahun. Solat pada setiap malam
dari malam-malam yang sepuluh ini umpama solat pada malam al Qadar".
Diharapkan program ini membuka mata dan minda setiap kita
untuk menyedari segala kelebihan yang terkandung pada 10 terawal Zulhijjah dan
merebut peluang meraih pahala sebanyak-banyaknya demi mengecapi redha
Allah SWT.
Koleksi gambar program : Klik di sini
Video berkaitan:
Kelebihan Zulhijjah- Ustaz Dr Basit Abdul Rahman
Bacaan bersama:
http://www.e-fatwa.gov.my/ fatwa-kebangsaan/ hukum-wakalah-dan-beberapa-perk ara-berbangkit-dalam-ibadat-ko rban
http://www.islam.gov.my/ garis-panduan-pelaksanaan-ibada h-qurban-menurut-perspektif-is lam-0
Video berkaitan:
Kelebihan Zulhijjah- Ustaz Dr Basit Abdul Rahman
Bacaan bersama:
http://www.e-fatwa.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
No comments:
Post a Comment