## Perbetulkan miskonsepsi...
* Nabi tak bersukan
* Nabi serius/ tak bergurau
* Nabi tak galakkan wanita berfesyen
* Nabi miskin/ hidup susah
Baca sejarah Nabi penuh-penuh bukan separuh-paruh!!
## Bilal bin Rabah diseksa teruk, tiada lain yang keluar dari mulutnya melainkan 'Ahad...ahad...ahad'
(Allah yang Satu)
Kita sekarang??
Tengah hari Ahad masih di atas katil tidur & bila isteri suruh bangun, yang keluar dari mulut juga 'ahad...ahad..ahad..' & sambung tidur semula
## Dakwah Islam bukan sekadar dengar ceramah sahaja tapi libatkan diri dalam masyarakat...
- Daftar & masuklah dalam mana2 gymnasium... wanita2 yang sibuk jaga badan tapi seksi berdepan bukan mahram & masih di atas tredmill ketika azan perlu para da'ie tarbiyahkan...
- Berniagalah sejak muda kerana ia akan mengenalkan kita dengan pelbagai mad'u ...(seperti Rasulullah, sejak 12tahun berniaga secara lelong)
- Bersederhanalah dengan fesyen yang mudah masuk & dekat dengan masyarakat selagi mana patuh syariat...
Ambillah agama sebagai panduan, Enjoy Islamic way of life!
No comments:
Post a Comment