"Suatu
hari saya diberitakan kematian seorang warga kampung yang kami panggil
Pak Amin. Beliau rebah di pagi Jumaat, usai solat Subuh berjemaah.
Urusan menguruskan jenazahnya terasa sungguh mudah & lancar sahaja.
Setelah jenazah dikafankan, tiba saat si isteri mencium jenazah. Tiba-tiba dia menoleh ke arah saya:
'ustaz, muka suami saya basah.
Oh mungkin saya lupa lap tadi. Saya pun ambil kapas & lap.
Si isteri kemudiannya menoleh lagi 'ustaz, muka suami saya masih basah.
Subhanallah! Saya lihat mukanya seperti berpeluh. 'Kakak, bersyukurlah suami akak pergi dalam rahmat Allah.'
Setelah jenazah dikebumi & ditalkin, saya lantas bertanya..
'Kak, apa amalan suami kakak sepanjang hidupnya? luar biasa sekali saya rasa jenazahnya...
Ustaz sepanjang 26 tahun kami bersama. Saya melihat arwah:
1. Tidak pernah meninggalkan solat tahajud setiap malam
2. Tasbih tak lekang dari tangannya
3. Membaca al-Quran sebelum tidur & selepas Subuh, Qurannya sangat lusuh hingga diikat tali.
4. Membaca doa sebelum tidur
yang Imam Nawawi sebut barangsiapa yang membaca doa tersebut sebelum tidur lalu mati pada malam itu beliau mati dalam keadaan fitrah.
5.Sadaqah - sering memberi sayur pada orang, tidak mahu duit hanya kata 'takpa..hampa masak, baca bismillah, aku dapat pahala'
6. Sering bersugi (jenazahnya kelihatan seperti tersenyum sahaja)
7. Sering berserban - malah akhir hayatnya dalam keadaan berserban.
Para isteri tak perlu ubah suami, diri sendiri perlu diubah
(para suami pun begitu)..
Basahilah lidah dengan melazimi zikrullah..
(jika berleter sekalipun biarlah leteran yang ilmiah)
Perelokkan 'ibadah bermula dengan tahsin al-fatihah...
Kita hari ini adalah hasil pengorbanan orang-orang tersayang,
Jangan kufur nikmat, ingat & bersyukurlah...."
Alfadhil Ustaz Abdullah Khairi - 15022014 - Kompleks Pendidikan Islam Bangi

No comments:
Post a Comment