Monday, 19 January 2015

Kompilasi Nota Seminar FB Menjadi Buku Nurul Huda Habil

NOTA 1

Otak masih ligat dan berputar-putar sehingga catatan ini ditulis, sekembalinya dari kursus penulisan semalam. Seolah-olah tidak mahu berhenti pusingan tersebut. Aku masih memikirkan apa yang perlu diutamakan dalam senaraian “Things To Do” untuk setiap hari dan setiap minggu. Jika tidak, ia akan mempengerahui timeline sekiranya tidak diperkemaskan dengan elok.
Lantas, fikiran makin berkecamuk dengan 1000 macam perkara yang perlu diselesaikan. Setiap hujung minggu, ada sahaja perkara yang hendak dilakukan. Setiapnya perlu dipertimbangkan dengan rasional apa yang berada dalam timeline yang telah dibuat untuk tempoh 10 tahun akan datang. Yang paling penting, aku memerlukan masa berkualiti dengan suami yang dicintai dan anak yang disayangi.

Catatan Seminar Fb Menjadi Buku 17 Januari 2015 @ Wisma Sejarah

Saya mendaftar ke seminar ini di saat akhir. Setelah pendaftaran telah pun ditutup sebenarnya. 

"Asyik pergi bengkel je, bukunya tak siap-siap!" 
- ini antara halangan terbesar mengapa hati ragu-ragu untuk menyertai seminar awal tahun ini. 
"Entah-entah seminar kali ni, lain kot..." detik hati. 
Akhirnya mendaftar dengan bayaran yang lebih mahal dari asal. Suami tidak menyokong secara lisan, tetapi...."Ambil duit ni...kata nak bayar bengkel penulisan.." :)) Seperti biasa dengan baik hati beliau menjadi 'babysitter' sepanjang hari Sabtu itu. Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan & Allah mengizinkan untuk hadir.

Allahuakbar. Alangkah ruginya jika saya tidak mendaftar. Bukan sahaja banyak ilmu sepanjang seminar berlangsung yang saya dapat, tetapi turut berkongsi kisah dari beberapa kenalan baru yang sangat hebat. Ada yang datang bersama keluarga dari Melaka. Ada juga yang sanggup memandu seorang dari Johor dan tidur di hotel bajet semata-mata ingin hadir ke progarm ini. Kisah yang amat menginspirasikan dari kedua-dua mereka. Kesedihan ibu tunggal dengan 8 anak yang 5 darinya terpisah hingga dicengkam rasa rindu yang bersangatan. Seorang lagi suri rumah yang bukan dari jurusan agama, berhenti kerja 24 jam menjaga anak yang sakit. Anak yang baru berusia 5 tahun kini sudah pun menghafaz 4 juzu' Al-Quran! 

Seperti yang disebut oleh Tuan Aqif, saya barangkali antara yang sering menjadi pencatat nota yang cantik dalam kebanyakkan program sebelum ini. Namun kali ini, saya melihat banyak nota yang lebih cantik dan menarik yang telah dikongsi para penceramah dan peserta. Bagi memudahkan rujukan, di sini saya senaraikan nota yang dikompilasi dari Fb & beberapa blog:-

Nota Seminar Fb Menjadi Buku: Kompilasi dari Fb Cikpuan Atie Zam

NOTA

Eh! Eh! Eh! Don't get me wrong! (Betul ke ayat english saya tu??)
Saya bukan pangkah mana-mana statement daripada pengamal industri yang lebih besar dan sudah terbukti, tau!
Saya cuma mahu cuba mengembalikan semangat para penulis, terutama peserta semalam, yang agak 'down' apabila mendengar tentang 25k itu. Saya agak 'risau' dalam lucu apabila mendengar beberapa peserta berbincang-bincang sesama sendiri.
"Aku baru ada 5,000, mana nak cari lagi 20,000??"
"Kau ada 5,000. Aku langsung tak ada! Tak bolehlah menulis dan terbit buku kalau macam tu!"
Oh! Bayangkan kalau para peserta dan bakal penulis kita itu ada pelbagai bahan dan ilmu yang boleh dikongsi dan dikehendaki pasaran, tetapi hilang semangat untuk terbitkannya sebab TAK ADA 25,000 follower. Ruginya! Sudahlah industri buku kita dikatakan 'MAKIN PERLAHAN'. Ditambah pula kehilangan bakal-bakal penulis hebat!
Oh no! Oh no!
"Biasakan diri menerima maklumat secara tersurat TETAPI memahaminya secara tersirat. Fikir, fikir, fikir. Jangan terus terima."
Kenyataan Tuan Ikram itu langsung tidak salah. Itu realiti dunia penerbitan. TETAPI cerna dan fahamkan statement beliau itu daripada pelbagai sudut. Sebagai penerbit, kami tidak akan beri janji manis yang boleh buatkan anda terapung-apung melayang sampai langit ketujuh.
Kenapa?
Sebab... Kami sudah melabur wang untuk anda. Apa pula 'pelaburan' anda (terutama daripada segi masa dan tenaga)?

Nota Seminar Fb Menjadi Buku: Kompilasi dari Fb Tuan Zamri Mohammad


Nota 3: 

"Ubah rutin, bertukarlah hasil."
Dalam seminar Facebook Menjadi Buku, ada tiga perkara besar diberitahu.
[1] Facebook perlukan sistem kerja berkarya.
Cara kerja lama tidak memberi hasil, tukarlah cara itu.
Kerana itu lebih 20 sistem kerja diberitahu dan peserta, pilih mana yang mudah dahulu sehinggalah model markah penerbit 100 peratus dapat dicapai. Ayat akhir saya, "Ubah rutin, ubah persepsi."

"Ingat wajah orang gaji itu."

Tuesday, 13 January 2015

Doa Keberkatan Majlis

Saya kongsikan DOA yang dibacakan oleh AF Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang dirakam ketika membuka tirai Anugerah Nasyid IKIM 2015. Sesuai untuk dijadikan doa pembuka sebarang majlis yang bermotifkan kebaikan. Diselitkan dengan apa sahaja doa di dalam Bahasa Arab yang bersesuaian. Moga ada barakah pada majlis tersebut, insyaAllah.