Monday, 19 January 2015

Nota Seminar Fb Menjadi Buku: Kompilasi dari Fb Cikpuan Atie Zam

NOTA

Eh! Eh! Eh! Don't get me wrong! (Betul ke ayat english saya tu??)
Saya bukan pangkah mana-mana statement daripada pengamal industri yang lebih besar dan sudah terbukti, tau!
Saya cuma mahu cuba mengembalikan semangat para penulis, terutama peserta semalam, yang agak 'down' apabila mendengar tentang 25k itu. Saya agak 'risau' dalam lucu apabila mendengar beberapa peserta berbincang-bincang sesama sendiri.
"Aku baru ada 5,000, mana nak cari lagi 20,000??"
"Kau ada 5,000. Aku langsung tak ada! Tak bolehlah menulis dan terbit buku kalau macam tu!"
Oh! Bayangkan kalau para peserta dan bakal penulis kita itu ada pelbagai bahan dan ilmu yang boleh dikongsi dan dikehendaki pasaran, tetapi hilang semangat untuk terbitkannya sebab TAK ADA 25,000 follower. Ruginya! Sudahlah industri buku kita dikatakan 'MAKIN PERLAHAN'. Ditambah pula kehilangan bakal-bakal penulis hebat!
Oh no! Oh no!
"Biasakan diri menerima maklumat secara tersurat TETAPI memahaminya secara tersirat. Fikir, fikir, fikir. Jangan terus terima."
Kenyataan Tuan Ikram itu langsung tidak salah. Itu realiti dunia penerbitan. TETAPI cerna dan fahamkan statement beliau itu daripada pelbagai sudut. Sebagai penerbit, kami tidak akan beri janji manis yang boleh buatkan anda terapung-apung melayang sampai langit ketujuh.
Kenapa?
Sebab... Kami sudah melabur wang untuk anda. Apa pula 'pelaburan' anda (terutama daripada segi masa dan tenaga)?

NOTA
Semalam, ada dua ilmu paling penting (bagi saya) yang saya dapat.
1. Dari Tuan Ikram.
"Puan Hanieliza dan Pak Latif akan membalas komen-komen di ruangan komen dengan cepat."
Ops! Rasa macam terkena kejutan letrik. Saya ni selalu terlepas pandang. Soalan-soalan yang ditanya di ruangan komen, kadang-kadang 2 minggu selepas itu baru saya jawab. Begitu juga komen-komen biasa.
Ohoi....! Amalan 'menjauhkan rezeki' namanya ni!
BERTUKAR!
2. Dari Puan Annshafeera Ibrahim. (Saya tidak ada FB beliau. Siapa tahu add beliau?)
"Tadi, saya baru tunjukkan kasut puan kepada pelajar saya."
"Kenapa dengan kasut saya?"
"Cantik dan sesuai."
Oh! Oh! Rasa macam kena kejutan letrik juga.
Saya ada satu satu kasut corak-corak santai yang saya sangat suka pakai ke mana-mana. Selalu saja saya terlupa menukar kasut walaupun ketika bertemu klien. Jadi, kasut itulah yang saya pakai. Kadang-kadang, saya tak perasan, tapi klien perasan.
Pernah saya pergi ke ofis satu klien. Ketika berbincang, di dalam pejabat (di situ, kasut ditinggalkan di luar), saya mendengar suara salah seorang bosnya berkata, "Kasut makcik mana ni?"
Ohoi...! Sentap mak! Secara tidak langsung, Puan Ann mengajar saya untuk menjaga penampilan kerana kita sedang diperhatikan tanpa kita sedar. Sama juga seperti kita memerhatikan orang lain.
Kata-kata Puan Ann itu membuatkan saya mahu lebih berhati-hati berpenampilan dan lebih peka dengan apa yang saya pakai, terutama ketika bertemu klien atau menghadiri majlis-majlis.
BERTUKAR!
*Saya amat berterima kasih kepada dua individu ini. Saya anggap, ini teguran kecil daripada Allah. Hablun minallah... Hablun minannas...*

NOTA

Kesimpulannya, wahai rakan-rakan penulis....
"Toksah la dok kalut sangat dengan 25,000 follower itu."
Kalutkan saja dengan rancangan 'bagaimana nak fokus, istiqamah, konsisten menulis dan perkataan-perkataan lain yang semaksud dengannya.'
Kalutkan saja dengan 'bila manuskrip aku nak siap ni?' Atau soalan paling tepat, 'bila aku nak mula menulis ni?'
Kalutkan saja dengan 'apa kerjasama yang aku boleh buat dengan penerbit untuk jual buku aku ni.'
Kalutkan saja dengan 'apa judul buku aku seterusnya?'
Bagus 'kalut' untuk dapat follower, tapi jangan sampai stres, hilang fokus dan lemah semangat kalau tak cukup 25,000.
Bak kata Puan Azzah Abdul Rahman, 'follower kita TAK semestinya tribe kita.
*Ada artis yang ada beratus-ratus ribu malah jutaan peminat atau follower. Tetapi album mereka hanya terjual sekitar 10,000 sehingga 20,000 sahaja. Kenapa?*
*Kerana ia BUKAN sepenuhnya tentang follower atau peminat kita. Sebaliknya, ia SEPENUHNYA tentang PRODUK kita.*
NOTA

Saya baru mahu sebut tentang ini.
Dari bangku peserta, saya melihat bagaimana terujanya para peserta apabila melihat angka jualan e-book Tuan Aqif Azizan selama 12 bulan.
Sekali lagi - Ia usaha 12 bulan. Ia tidak terus 6 angka. Ia bermula dengan 2 angka saja. Malah mungkin bagi sebahagian orang, cuma 1 angka.
Apa yang penting, ia BERMULA. BUKAN sekadar TERUJA. 

NOTA

Antara yang mencuit hati saya tadi.
A. ROYALTI.
Realiti 1: "Royalti penulis A mencapai sehingga 6 angka."
Respon : "Wow!"
Realiti 2: "Royalti penulis B cuma RM 1.50 saja."
Respon: "What?!"
-----------------------------------
B. TRIBE
Realiti 1: "Bina pengikut (follower) kita."
Respon: "Ok."
Realiti 2: "Selagi pengikut kita tak sampai angka 25,000, jangan berangan nak tulis buku."
Respon: "What?!"
-----------------------------
Saya senyum lebar. Ya. Itu realitinya.

Baik. 25,000 follower. 'Kejutan besar' untuk bakal penulis. Apabila dengar 25,000, masing-masing sudah terbuntang biji mata dan pening kepala memikirkannya. "Mana aku nak cari follower seramai itu?"
"Mulai dari sekarang, saya akan wajibkan saudara mara, kawan-kawan, anak-anak murid, jiran-jiran saya, klien-klien dan sesiapa saja yang saya jumpa untuk like page saya dan jadi follower saya."
Soalannya : "Adakah mereka akan benar-benar membeli buku kita?"
"Kalau macam tu... 5 tahun lagilah baru aku dapat terbit buku."
Soalannya: "Bila sebenarnya kita rancang untuk terbit buku? Esok? Minggu depan? Bulan depan? Kita sudah mula menuliskah? Kalau sudah, kenapa ambil masa sehingga 5 tahun?"
Saya lebih suka memahamkan anda mengenai 'misi 25,000' itu secara tersirat begini:
1. Ia adalah satu 'syarat' supaya bakal penulis tidak terlalu teruja menulis dan menerbitkan buku TANPA PERANCANGAN. Kita mahu menulis, mahu ada buku yang diterbitkan atas nama kita. Tetapi siapa pembeli kita?
2. 'Mendesak' penulis supaya fokus dan konsisten menulis. Dua elemen itu yang paling utama dan penting. Minggu pertama selepas seminar ini, kita begitu bersemangat dan fokus. Alhamdulillah... Dapat 10,000 follower. KEMUDIAN, kita mula sibuk. Kepenatan. Laptop rosak dan sebagainya. Fokus dan konsisten pun mula berterabur. Paling parah, terus terhenti beberapa lama. Mahu mulakan semula, dah hilang rentak. Akhirnya, 10,000 itu sajalah follower kita. Itupun sudah kira bagus. Jadi, mahu wajibkan mereka semua membelinya (?)
3. Rancang bahan tulisan kita. Apa perkara yang boleh menarik perhatian pembaca? Apa perkara yang mereka cari, mahu tahu dan perlu? Apa pula yang kita boleh beri dan kongsi? Buat sedikit kajian kehendak pasaran. Walaupun sekadar mahu menulis mengenai menjahit baju, pastikan kita memang betul-betul tahu mengenai menjahit baju, pemilihan kain, klim, cara potong kain, saiz badan, tips membeli kain dan benang, mesin paling bagus dan sebagainya yang berkaitan. Bukan sekadar 'update' baju apa yang kita sedang jahit ketika itu dan di mana kita membeli kain.
4. 'Mengajar' penulis membuat pemasaran awal buku mereka. Kita mahu orang tahu tentang buku kita. Kita mahu buku kita jadi 'viral'. Walaupun ia masih belum dibeli, tetapi maklumat mengenainya sudah mula tersebar. Kita tak boleh harapkan penerbit saja untuk lakukan kerja-kerja pemasaran. Bukan buku kita saja yang mereka uruskan. Kalau terbit sendiri pula, kita tak kan mampu keluar bertemu dan memaksa 5,000 orang pembeli pertama buku kita. Jadi, mendapatkan '25,000 follower' ialah salah satu kaedah paling mudah.
Jadi, IA BUKAN TENTANG 25,000 FOLLOWER. Ia tentang USAHA DAN KERJA KERAS KITA. Kalau kita kekal fokus dan konsisten, rancang dengan baik dan betul-betul tahu apa yang kita buat dan hasil yang kita mahu, percayalah, follower kita tidak sampai 25,000 orang pun, salah-salah gaya penerbit yang terkejar-kejar kita.
Apabila kita merancang melakukan sesuatu yang melibatkan KOS, rancang juga bagaimana mahu mendapatkan PULANGAN. Ini bukan zaman, "Penulis duduk saja belakang tabir, biar penerbit lakukan semua. Cukup masa, dapat royalti."
Mungkin timbul soalan, "Bukankah penerbit mendapat 90% daripada hasil jualan? Penulis cuma dapat 10% saja."
Soalan penerbit pula, "Anda redha kalau cuma menerima RM 1.50 saja?" Kalau daripada respon semalam, ramai yang 'tidak redha'. wink emoticon
(Jawapan penuhnya akan saya kongsi di post mengenai ROYALTI nanti)
Oh ya, by the way, 25,000 itu adalah syarat SATU syarikat penerbitan yang sudah tersohor saja. BUKAN mewakili semua syarikat. Kenapa? Kerana mereka perlu menguruskan 900 orang penulis lain lagi. Kalau kita tak buat pemasaran juga, "Semput aku!" kata mereka... Akhirnya, mungkin buku kita akan masuk kategori skrap sahaja.


No comments:

Post a Comment