Monday, 19 January 2015

Catatan Seminar Fb Menjadi Buku 17 Januari 2015 @ Wisma Sejarah

Saya mendaftar ke seminar ini di saat akhir. Setelah pendaftaran telah pun ditutup sebenarnya. 

"Asyik pergi bengkel je, bukunya tak siap-siap!" 
- ini antara halangan terbesar mengapa hati ragu-ragu untuk menyertai seminar awal tahun ini. 
"Entah-entah seminar kali ni, lain kot..." detik hati. 
Akhirnya mendaftar dengan bayaran yang lebih mahal dari asal. Suami tidak menyokong secara lisan, tetapi...."Ambil duit ni...kata nak bayar bengkel penulisan.." :)) Seperti biasa dengan baik hati beliau menjadi 'babysitter' sepanjang hari Sabtu itu. Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan & Allah mengizinkan untuk hadir.

Allahuakbar. Alangkah ruginya jika saya tidak mendaftar. Bukan sahaja banyak ilmu sepanjang seminar berlangsung yang saya dapat, tetapi turut berkongsi kisah dari beberapa kenalan baru yang sangat hebat. Ada yang datang bersama keluarga dari Melaka. Ada juga yang sanggup memandu seorang dari Johor dan tidur di hotel bajet semata-mata ingin hadir ke progarm ini. Kisah yang amat menginspirasikan dari kedua-dua mereka. Kesedihan ibu tunggal dengan 8 anak yang 5 darinya terpisah hingga dicengkam rasa rindu yang bersangatan. Seorang lagi suri rumah yang bukan dari jurusan agama, berhenti kerja 24 jam menjaga anak yang sakit. Anak yang baru berusia 5 tahun kini sudah pun menghafaz 4 juzu' Al-Quran! 

Seperti yang disebut oleh Tuan Aqif, saya barangkali antara yang sering menjadi pencatat nota yang cantik dalam kebanyakkan program sebelum ini. Namun kali ini, saya melihat banyak nota yang lebih cantik dan menarik yang telah dikongsi para penceramah dan peserta. Bagi memudahkan rujukan, di sini saya senaraikan nota yang dikompilasi dari Fb & beberapa blog:-

Kompilasi dari FB:



Blog:




Ada lagi? Mohon kongsikan pada saya, ya? Terima kasih.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada seluruh tim Tuan Zamri & semua pihak yang menjayakan program ini. Moga Allah mengganjari usaha & memustajabkan doa yang terbaik untuk kita semua.

______________________________________________
Artikel lain yang berkaitan:

Bengkel Penulisan Dakwah Muslimah - anjuran K-Fiqh

Bengkel Penulisan Kreatif Travelog - Ustaz Hasrizal

1 comment:

  1. jazakillahukhairan atas perkongsian usaha dan ilmu

    ReplyDelete