Monday, 19 January 2015

Nota Seminar Fb Menjadi Buku: Kompilasi dari Fb Tuan Zamri Mohammad


Nota 3: 

"Ubah rutin, bertukarlah hasil."
Dalam seminar Facebook Menjadi Buku, ada tiga perkara besar diberitahu.
[1] Facebook perlukan sistem kerja berkarya.
Cara kerja lama tidak memberi hasil, tukarlah cara itu.
Kerana itu lebih 20 sistem kerja diberitahu dan peserta, pilih mana yang mudah dahulu sehinggalah model markah penerbit 100 peratus dapat dicapai. Ayat akhir saya, "Ubah rutin, ubah persepsi."

"Ingat wajah orang gaji itu."

[2] Dalam sesi Tuan Aqif Azizan, kajian kes beliau menguruskan lebih 20 topik itu bermula dengan kaedah kerja paling miskin alat tetapi kaya maklumat. Konsistensi itu menambah satu persatu angka dalam kerjaya penulisan beliau. Lima kali beliau berkata jika ada sesiapa sedar, "Jangan kejar duit besar jika duit kecil pun belum capai."

"Ingat wajah lelaki kurus di pentas itu."

[3] Dalam sesi bersama Tuan Ikram Wazir dari PTS.
Beberapa penulis baru (belum terbit) sudah terduduk dengan angka follower yang ditetapkan oleh PTS untuk diterima menjadi buku.
PTS salah satu daripada top-5 penerbit di Malaysia. Maka model kerja mereka dan standard kerjanya tinggi. Apabila diberitahu awal, kita lebih bersedia.
Karangkraf pun tidak main-main.
Kumpulan 100 penulis dan ilustrator buku cerita bergambar kanak-kanak diberikan pendidikan menjual dan memasarkan buku mereka sendiri.
Baru-baru ini mereka diberi kerja tambahan seperti hasilkan video tiga minit.
Blink pula meletakkan sepuluh penapis bagi menerima sebuah karya yang dapat memberi royalti kepada penulis dan keluarga.
Kesemuanya nampak mencabar. Tetapi ia boleh dicapai. Rutin kita diperbetulkan semula.
"JIka saya mahu kurus pun rutin makan juga perlu diubah, inikan pula jika mahu karya terbit, rutin menulis pun saya perlu ubah."
Tetapi dalam fikiran kita benar-benar mahu, kita tahu kita mahu buat sesuatu.

"Ingat wajah dua orang yang duduk kampung penerima royalti tertinggi itu."


Nota 2

Hilal Asyraf, Mat Lutfi, Pak Latip, Chef Hanieliza.
Nama-nama ini bermula dari kosong.
Apa yang menyebabkan mereka membina follower yang besar?
Konsistensi ketika nama kecil.
Konsistensi ketika nama besar.
Konsistensi membina khalayak.
Sikap penulis elit yang jelas model kerja mereka.
Konsistensi yang dirancang dengan satu persatu karya.
P/S Senduk Chef Hanieliza di kampung lebih mahal berbanding senduk di bandar.


Nota 1:
"Koleksi dari rak buku sendiri 'licin' sebelum seminar bermula."
[1] Semalam saya menyenaraikan buku-buku peribadi yang menjadi rujukan dalam beberapa kerja-kerja penulisan. 

[2] Ada juga buku-buku yang bertindak menjadi panadol. Misalnya sebuah buku The Power of Rest. Jika menyebut perkataan rest, Tuan Shamsuddin Kadirdan Puan Fazeila Isa pernah memaksa saya pulang dari pejabat dan tidur awal.

[3] Sebelum Seminar Facebook Menjadi Buku bermula, semua koleksi personal saya habis dibeli peserta. Mereka beli bersama-sama pengalaman peribadi saya hidup bersama buku-buku itu.

[4] Mereka tidak percaya kami tidak letakkan harga. Kepada kami, buku-buku ini telah pun memberi pulangan intelektual, emosi dan fizikal kepada kami, sehinggakan kami pun tidak tahu harga yang bagaimana mahu diletakkan. Kami serahkan kepada para peserta menentukan harga yang mereka selesa.

[5] Saya gembira dan mendoakan pengalaman kami menggunakan buku-buku itu dapat memberi kegembiraan dan hasil yang sama kepada pembaca baru.

[6] Kredit foto kepada Cik Puan Fae Firdaus AR yang membeli buku-buku ini. Keempat-empat judul merupakan buku yang memberi impak kepada kami.

No comments:

Post a Comment