Friday, 7 October 2016

Doa untuk Cikgu

"Binti Sanusi kan kamu??"
Ayat itu yang pertama keluar dari guru yang amat ku kagumi ini. Kami ketawa kuat sebab tak sangka cikgu boleh ingat nama ayah pula. Sekejap lepas tu, cikgu sambung pula ..."Ha ingat dah, Mumtazah kan?? Minta maaf lah na...cikgu lupa. Eh you have sister kan?" "Ya cikgu, Syakirah Sanusi Syaq:-)
Ya Allah. Beribu-ribu anak murid cikgu dari banyak sekolah. Cikgu tak ingat pun saya tak kecik hati langsung. Cikgu boleh ingatlah yang buat saya kagum sangat! Allahuakbar!!



Bagaimana cikgu yang sudah melewati usia pencen ini mampu ingat nama anak murid yang diajarnya lebih 20 tahun yang lepas. Guru tinggi lampai yang menjadi asbab tercetusnya minat subjek Matematik semasa di tingkatan 3 kerana gigih dan semangatnya beliau mengajar. Beliau juga memimpin diri cara berpersatuan. Cikgu Pipah... you will always be remembered!
MasyaAllah Tabarakallah. Hebatnya kuasa minda ciptaan Allah. Mengingati nama orang pada saya sesuatu yang amat sukar sedang manusia hebat ini mampu mengingati hampir setiap anak murid yang ditemui. Wajarlah Allah takdirkan dia dan semua insan hebat sepertinya menjadi guru. Mereka bukan sekadar mencurah ilmu dari hati namun sehingga ke tahap memasukkan kita anak didiknya lekat dalam memori!
Alhamdulillah. Reunion baru-baru ini menerbitkan pelbagai rasa. Seronok, terharu bertemu sahabat, seniors dan juniors. Teruja hingga menjerit tak dapat ditahan-tahan setiap kali melihat guru-guru yang dikenali. Seperti terimbau saat di dalam bilik darjah, mereka kelihatan seperti tidak dimamah usia..Subhanallah.
Allah..rahmatilah cikgu ini dan setiap mereka yang bergelar guru di dunia dan akhirat. Jadikanlah jerih perih mereka menabur ilmu sebagai benih jariah yang dapat dinikmati hasilnya di Sana. Cucurilah rahmat ke atas roh mereka yang telah pergi. Juga untuk semua sahabat yang sentiasa di sisi saat susah dan senang. Ya Rahman ya Rahim! Kekalkan silaturrahim ini dan masukkan kami di dalam 7 Golongan Yang Mendapat Naungan Arasy Allah. 'Reunion'kanlah kami semua di syurga-Mu yang kekal abadi. آمين
[ Imam (pemimpin) yang adil, Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, * Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah*, Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah, Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”] (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua tenaga yang bertungkus lumus dalam penganjuran Reunion Smkap Almashoor#100years.
p/s Gambar dari majlis persaraan di sekolah terakhir beliau. Tak sempat bergambar dalam majlis 

++ Komentar:
Wardiana Mohd Ilhami Hendak juga mengungkapkan rasa yang becampur baur... terharu, gembira, sedih pun juga. Terharu kerana bekesempatan bertemu mata dan beramah mesra walau seketika bersama sosok-sosok istimewa dalam hidup kita suatu masa dahulu. Gembira melihat semuanya awet muda dan sihat sejahtera. Mungkin ini rahmat Allah pada murabbi kita. Sedih apabila berpisah entah bila bersua lagi. Tentukanlah kami semua bereunion di syurga Mu kelak ya rabbul izzati. Terima kasih ustazah Che Maznah cikgu khairana cikgu sharifah afifah ustaz adnan guru-guru lain kerana mendidik kami dan mengingati walaupun setelah hampir 20 tahun berlalu. Terlalu banyak kenangan kalau nak diceritakan di sini. Kalian mulia di hati kami...doa kami panjatkan agar kalian beroleh pahala berpanjangan. Tahniah guru - guru almashoor L dan P yang bekerja keras. Kalian memang awesome! Terima kasih kawan2 solehah yg molek santunnya...tinngi takwanya... Mumtazah SanusiAfnani Kamarudin Junny Erfisyahry Noor Zaini Pa'wan Teh Norhijat Hassan sitiCt Suraya dan kawan2 kita spm95 kerana sudi bersama2 sejak dahulu. Ukhuwah fillah insya allah.



 :-(



No comments:

Post a Comment