

Solat wajib 5x sehari hanyalah "modal". Kalau cukup sempurna sekalipun, kita hanya "pulangkan modal". Untung belum tentu lagi. Entah-entah rugi. Nak 'top up' dan untung lebih dengan Allah kena banyak tambah yang sunat.
Antara tips sempurnakan solat menurut Imam al-Ghazali:- ✔ Hadirkan Hati (Øضور القلب ). Antara caranya.....

Nabi kata, kalau kamu solat, makanan dah siap. Terbau2 ikan masin. Makan dulu. Agar tak terburu2.

Seperti atlit. Sebelum mula main, banyakkan 'warm up.' Psikologi sukan, 2 minit sebelum game, waktu kritikal. Motivasi diri sendiri sebelum mula servis yang pertama.
Sama seperti solat, warm up dulu dengan solat sunat wudhu', tahiyatul masjid, sunat qabliah & sebagainya. Atau baca 3 Qul, tasbih dll...

Kajian - tarik nafas tahan 8 saat, lepas perlahan2 boleh merehatkan otak.
Cara: Sebelum dan semasa mula doa iftitah, alfatihah, ayat demi ayat, bernafaslah begitu. Sebelum ruku', sujud juga. Ini sangat beri kesan pada khusyu'. Koho-koho deh!
InsyaAllah solat akan terasa manis, nikmat dan teramat lazat!













Dr Farid Shahran- Segmen Pendidikan @ikim.fm & Slot Cinta Ilmu 'Sifat orang munafik - Malas Solat' - Dato' Badlishah @tvalHijrah
#MsNoteSharing 13092016
No comments:
Post a Comment