Friday, 7 October 2016

Seminar Pasca Perkahwinan 24092016

Nota 1 - Ustaz Shaffi Yusof
 #TipsFamilySoleh
1- Jaga Solat
"Kenalan saya tinggal di rumah flat yang sangat sempit. Rasanya sesuai untuk seorang dua sahaja tinggal. Tapi dia hidup bersama isteri dan 8 orang anak!! MasyaAllah. Sedang kakak sibuk belajar, si adik naik atas kepala, kacau macam2. Si kakak rileks sahaja. Sampai ja waktu solat, semua berhenti dan solat. Itulah rahsia melapangkan jiwa. Rumah yabg kecil terasa besar....."
2- Jemput tetamu selalu ke rumah. Barakah datang mencurah2.
3- Jadikan Masalah peluang dekat dengan Allah. Bukan menjauhkan.
4-Banyak bersabar dan toleransi. Tak payah berkira sangat na :-)
5- Suami- lazimi solat Subuh jemaah di masjid. InsyaAllah syaitan gagal 'parking' di rumah kita.
6- Pastikan sumber rezeki halalan toyyiba.
7- Lazimi Doa. Antaranya imej di bawah ini 👇

Nota 2 - 


Nota 3- 

"Wanita solehah ini ditakdirkan Allah berkahwin dengan seorang suami yang masyaAllah - apa sahaja dosa yang terlintas di minda kita semuanya pernah dibuat. Ibadat jauh sekali. Bekerja, hal anak isteri di rumah tak pernah diendah.
Namun isteri hebat ini kekal positif dengan ujian. Derhakanya si suami bukan alasan untuk turut engkar melunaskan tanggungjawab sebagai hamba Allah, ibu dan isteri. Tidak pernah bersuara tinggi. Dalam kelembutan, penuh taat dan setia menyantuni si suami.
Bersama 5 cahaya mata, sumber rezeki keluarga dipikul seorang meneruskan kelangsungan hidup mereka. Jururawat yang istiqamah 'merawat' laranya dengan solat dan doa yang tak putus-putus. SOLAT TAHAJUD - itulah 'santapan' rohaninya. Saban hari atau selang 2/3 hari sekali, si isteri tanpa jemu mengadap Penciptanya dalam hening sepertiga malam bersama doa...👇
"Ya Allah ya Tuhanku. Berikanlah hidayah pada suamiku ya Allah. Janganlah Kau masukkan dia ke dalam neraka-Mu ya Allah. Dia tak mampu menanggung azab-Mu. Suamiku juga tak layak ke syurga atas jahil dan lalainya dia. Aku redha dengan ujian-Mu ya Allah. Bantulah hamba-Mu yang lemah ini.."
Itulah doa yang diulang berkali-kali. Dalam derita yang dirasa tidak berkesudahan, hanya Allah tempat bergantung penuh pengharapan. Sehinggalah pada suatu hari, saat doa itu dipanjat, si suami terbangun lalu menangis. "Awat abang menangis?" tanya si isteri pelik. "Abang dok pikiaq. Kalau dah neraka pun tak boleh nak tahan, syurga pun tak layak, abang nak pi mana?....Allah".
Akhirnya doa dari hati suci si isteri yang tak pernah putus asa dengan Tuhan dimakbulkan. Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Si suami selepas itu mula berjinak dengan tabligh walaupun belum mahu bekerja pada awalnya. Setelah beberapa ketika dia akhirnya bekerja, diberhentikan pula. Namun beberapa tahun selepas itu, dia dibenarkan bekerja semula kerana prosedur pemecatannya didapati tidak sah. Kesedaran atas hidayah kali ini tidak dipersiakan. Gigih bekerja, mula ambil berat soal makan minum keluarga. Malah solat yang tidak pernah ada dalam kamus hidup sebelum ini, kini menjadi imam kepada anak dan isteri!
Allahuakbar...tidak pernah si isteri menyangka suami berubah 360• begitu. Hasil sabar, tabah dan ikhlasnya diri menelan pahit bertahun-tahun, Allah gantikan kemanisan yang terindah. Moga secebis kisah benar ini menjadi motivasi buat semua kita dalam meneladani cinta seindah Rasulullah dan Khadijah 💑 "
Perkongsian dari Ustazah @NazrahYusof - Seminar Pasca Perkahwinan 24092016

No comments:

Post a Comment