Tuesday, 4 February 2014

HIJAB EVENT 2014


Notes by Mrs Fadhlina Sidek- Nota wacana World Hijab Day tempohari

1. Di sebut di dalam ayat 31 surah an nur dan ayat 59 surah al ahzab,bahawa kewajipan melabuhkan jilbab dan menutup aurat serta menjaga kehormatan itu diperintahkan kepada mukminat iaitu wanita wanita yg beriman. Perintah tersebut jelas untuk isteri isteri nabi,anak anak perempuan mereka dan wanita wanita yg beriman.





2. Ada dua implikasi perintah hijab sebagaimana yg dinyatakan di dalam surah al ahzab tersebut iaitu:

a. An yu”rafna - supaya mereka dikenali (sebagai wanita yg baik baik) bermakna berhijab akan menyebabkan mereka dikenali sebagai wanita yg baik dan lain daripada wanita biasa.

B. Fala yu”zayna- maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Ini bermakna hijab is a protection of honour!

3. Bagaimana hijab disisi hak asasi kemanusiaan dalam Islam? Ia dilindungi di bawah hak-hak asasi berikut:

Friday, 3 January 2014

Kuliyah Muslimat: Sejernih Hati oleh Ustazah Norhafizah Musa 03012014



Inginkan hati yang lebih bersih dan jernih di tahun baru ini? 


Ayuh kuatkan aqidah tauhid kita dengan amalan berikut.
(dipetik dari kitab karangan syed Hawa', syarah oleh Ibnu Ataillah Assakandari)

Baca dan ikrarlah dari hati lalu keluarkan ia dengan lidah.

Waktu? 

Paling afdhal, setiap hari, SEBELUM masuk waktu fajar
(contoh: 1/3, 2/3 malam atau sebelum masuknya waktu fajar - selepas menunaikan solat-solat sunat) & selepas solat fardhu Subuh.

Apa yang perlu dibaca? (baca ayat, faham maknanya)

Monday, 23 December 2013

Bicara Hati: Allahyarham Ahmad Ammar

Bicara Hati Ayahanda En. Ahmad Azam: Wawasan untuk Ammar


Kami pun sendiri tidak benar-benar mengenalinya hinggalah beliau tiada.. 
Allah buka segala kebaikan..
Alhamdulillah ramai yang teransang...

Membentuk Wawasan Ammar - Formula


Ketika umur 16 thn...saya telah beri wawasan kepada beliau. 

Tak perlu kawal, Wawasan itu akan jadi panduan untuk beliau. 
Bila beliau faham ia akan dilaksanan sungguh2 tanpa perlu kita pantau..

1. Wawasan Ummatik

Tuesday, 17 December 2013

ALAM RIA CUTI SEKOLAH

## Hiburan dalam rumah
Pengamatan saya dari pendidikan dari mak ayah kita dan kehidupan zaman kecil saya, sangat sedikit akses pada hiburan. Alhamdulillah keterbatasan ini sangat baik untuk pendidikan. Gangguan hati dan fokus kurang terganggu. Dahulu kita tidak perlu baca buku teruk-teruk tapi insyaaAllah hati sangat terang, mudah meresap ilmu.
Namun kini banyak faktor mempengaruhi hati anak-anak.
Mungkin kerana terlalu banyak faktor hiburan kita suapkan dan bebas biarkan mereka lihat dan dengar tanpa polisi yang jelas.
Masih jelas dalam ingatan zaman kecil saya, setiap malam Jumaat, bertemankan lampu picit, ramai menuju ke rumah saya yang antara awal ada televisyen, beramai-ramai kami menonton cerita P.Ramlee.
Beberapa tahun kemudian, nak tengok filem hindustan pula tapi dalam keadaan takut-takut dengan mak ayah. Dengar sahaja bunyi pagar berkeriuk, tv terus dimatikan, tak sempat tengok hindustan. Keadaan ini sangat baik kerana ia tidak mengeraskan hati si anak.


Thursday, 5 December 2013

Bermimpi Syurga

Kisah ayah kepada Syeikh Ali Al-Yaasin...

"Ketika itu, kami semua sedang mengelilingi ayah yang sedang koma.

Sedang beliau koma, dengan tiba-tiba mulut beliau berkata-kata:
Ya Allah...indahnya pemandangan..
Ya Allah..cantiknya sungai ni..
Ya Allah..terlalu cantik segala-galanya di sini..

Saya dan semua yang berada di situ sungguh terkejut..
Adakah ayah sekarang benar-benar dibawa ke syurga?
Beliau menerangkan segala yang dilihatnya satu persatu ketika koma..
Kami mula menangis seorang demi seorang..