Monday, 13 October 2014

Bicara Zulhijjah: Bersamamu Di Firdaus Prof MKI



Antara yang dikongsi Prof dalam Bicara Zulhijjah: Bersamamu Di Firdaus tadi sebagai amalan yang boleh kita perbaiki bersama:-

1. Solat jemaah di masjid (terutamanya lelaki)
- Suami mengejutkan isteri bermula Subuh (bukan sebaliknya)
- Ayah mengejutkan anak-anak untuk solat Subuh di masjid tanpa memikirkan yang anak akan mengantuk di sekolah nanti
- Tidak merokok atau membawa rokok ketika bersolat
(membawa benda haram di dalam solat & terlibat dengannya di luar solat, bimbang ia penghalang doa kita)



2. Menutup aurat dengan sempurna (terutamanya wanita)
- Biasakan dengan stoking kaki & tangan bukan sekadar di dalam solat
- Biarlah pakaian yang dipakai seharian boleh kita bawa ke dalam solat (tidak memerlukan telekung untuk menutupnya)
- Pesanan ini untuk diri kita sendiri, pasangan, anak2, saudara mara & sahabat. Jika benar kita menyayangi mereka sehingga selepas kematian mereka, maka buktikanlah! Inilah cinta namanya....

Moga kita semua direzekikan Allah untuk :-
1. Masuk ke kubur kemudian dibangkitkan semula dengan rasa seolah2 sebentar sahaja (seperti yang Allah ceritakan dalam Surah Al-Kahfi - 3 pemuda yang bangun setelah dimatikan lebih 300 tahun tetapi merasakan seperti separuh/sehari sahaja)

2. Masuk ke Syurga tanpa dihisab
- Pernahkah kita merasanya? Mungkin ada. Yang mendapat layanan VVIP/VIP biasanya sering merasa nikmat ini di dunia. Ia pasti lebih istimewa di Sana.

3. Masuk ke Syurga Firdaus bersama keturunan & orang2 yang kita sayangi
- Apakah hubungan kita sesama manusia, suami & isteri hanya sekadar di dunia, meninggal lalu berakhir? Tidak. Ia hubungan yang boleh berakhir selama-lamanya. Maka berusahalah bertindak seperti ahli syurga & memastikan di sekeliling kita juga sedemikian rupa.

Titiplah permintaan-permintaan di atas dalam doa harian kita.
Para isteri/suami berdoalah agar pasangan kita, mertua, anak2, saudara-mara, sahabat handai terus diberikan hidayah Allah untuk berubah menjadi lebih baik tanpa membuka aib mereka kepada manusia lain. Sepertimana isteri saya merayu merintih dengan Allah tentang suaminya yang jahil ini selama 6 tahun tanpa sesiapa pun tahu melainkan hanya Dia. Berdoalah & mintalah pada Dia dahulu!

Dengan rahmatNya moga kita semua dikumpulkan di dalam syurga Allah Taala.


Perkongsian dari Encik Ahmad Kamal

BersamaMu Di Firdaus (Memasuki Syurga Tanpa Hisab)

1. Jangan Syirikkan ALLAH Dalam Beribadah.
2. Solat 5 Waktu Di Masjid
3. Berpuasa Sunnat
4. Menghidupkan Malam Dengan Ibadah.
5. Solat Dhuha.
6. Banyakkan Sedeqah/Infaq
7. Memahami & Menghayati Maksud Ayat Dalam Al Qur'an.
8. Sentiasa Bertaubat.


Tambahan Bagi Kaum Wanita
9. Menjaga & Menutupi Aurat Dengan Sempurna.
10. Menjaga Aib/Maruah Suami & Keluarga Suami.

Prof Dr Muhammad Kamil Ibrahim menegaskan serta mengingatkan bahawa usaha dakwah ini adalah suatu kewajipan(Tanggungjawab) bukannya kaedah untuk mengautkan laba & menghimpunkan harta seperti Qarun atau Hamman.

Setakat ini beliau ingin merealisasikan firman ALLAH :
IKUTILAH MEREKA YANG TIDAK MEMINTA UPAH DARI AJAKAN MEREKA KEPADA TUHANMU, SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH ORANG-ORANG MENDAPAT PETUNJUK. Surah Yasin 36 : Ayat 21

Lihat Video @ Youtube

Berita JAWI

Berita Masjid Negara


Jualan Team Blinc Tuan Syaizul Amal
Berkesempatan bertemu Prof, Kak Roza & Penulis Ain Maisarah (isteri Tuan Syaizul Amal)

No comments:

Post a Comment