Monday, 13 October 2014

Hidayatus Salikin 5 hingga 8 Jun 2014

Hidayatus Salikin - Kuliyah 1: 0506


 "Jika kita tahu hanya ada seminggu lagi untuk hidup..maka ilmu apakah yang ingin kita belajar? "

Hadis2 Nabi SAW berkaitan orang yang menuntut ilmu:
"Bahawasanya malaikat merendahkan segala sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat suka dengan perbuatan itu"


"Sesungguhnya berpagi-pagian seseorang maka belajar ia akan satu bab daripada ilmu, nescaya terlebih baik daripada ia solat sunat 1000 rakaat"

Maksud kata-kata Imam Ghazali rahimahullahu Taala dalam Kitab Bidayatul Hidayah



"Dan ilmu yang memberi manfaat itu ialah :-
1) Barang yang menambah takutmu akan Allah SWT.
2) Menambah pula dalam penglihatan hatimu kecelaan dirimu (dengan ilmu itu kita dapat kenal aib & kelemahan diri )
3) Menambah pula dalam pengenalanmu akan ibadah (dengan ilmu itu bertambah kualiti dan kuantiti ibadah. Perlu sedar akan tertib ilmu - 'Aqidah, Fiqih, Tasawwuf)
4) Mengurangkan akan gemarmu kepada dunia
5) Menambah gemarmu akan akhirat
6) Membukakan mata hatimu dengan yang membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihara diri daripadanya (dapat menghindar perkara2 yang merosakkan amal)
7) Memperlihatkan engkau akan tipu daya syaitan
(Cth: hanya sebiji bola, mampu melalaikan dgn seribu org tidak bersolat. Orang 'alim, dihasut syaitan utk beribadah sebanyak2nya hingga satu tahap merasakan 'akulah yang paling hebat beribadah..solat dan puasaku tiada yang boleh melawan..na'uzubillah..) "

Moga kita sentiasa dipermudahkankan Allah..diberi ruang & peluang untuk terus mencari, merebut dan terus memburu ilmu2 yang bermanfaat.....










No comments:

Post a Comment