Tuesday, 21 October 2014

Forum Perdana 16 Okt 2014 @ Kem Sg Besi: "Keluarga Tonggak Kecemerlangan Ummah"

"Eh boleh ke aku buat....
Ye ke kau boleh jadi macam tu?
Mustahil ....Memang tak boleh ni"

Kita banyak berbincang tentang kemampuan kita, manusia....
Tetapi kita sering lupa tentang kemampuan Pencipta, Allah Taala!'



Kesimpulan dari forum:

~ Ilmu, Iman dan Amal - asas pembentukan keluarga cemerlang 

~ Tujuan Perkahwinan
Menurut Imam Ghazali, salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat. Kenapa?
1. Perintah dari Allah
2. Sunnah Nabi
3. Mendapat anak soleh 
4. Anak dapat memberi syafaat kepada ibu bapa (jika meninggal sebelum baligh)



~ Tips Seimbang Keluarga & Kerjaya
1. Saling faham-memahami (balik kepada asas ilmu, iman dan amal tadi)
2. Sabar setinggi gunung Everest!
3. Profesional (jangan bawa masalah pejabat ke rumah dan sebaliknya)
4. Mulakan dari yang mudah (cth: SENYUM TIGA)

~ Untuk berilmu, perlu berGURU.
Jangan hanya berguru dengan Pakcik Google. Sistem pembelajaran yang sebenar adalah BERGURU dengan GURU yang SEBENAR!

~ SYUKUR
Belajar menghargai & bersyukur dengan kebaikan pasangan walaupun kecil. Bukankah orang yang bersyukur Allah akan tambah nikmatnya?


Surah Ibrahim ayat 7 "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,
dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".

~ Doa
Dahulukan komunikasi dengan Allah dalam semua perkara. Sebagai contoh: rungsing dengan suami dan anak-anak?
Mulakan dengan usaha berdoa agar beroleh pasangan & anak2 yang lebih baik. Lakukan berkali-kali tanpa henti.

~ Memperbanyakkan ZIKIR
Basahi lidah dengan zikrullah di mana sahaja. Salah satunya - Istighfar (Mungkin kita boleh anjurkan Majlis Istighfar Perdana?)

~ Istiqamah dengan amalan-amalan tertentu

~ Jangan bangga dengan ikhtiar sendiri
Berlari, berkawad, menembak, cemerlang di pejabat, cekap melakukan semua kerja di rumah - ini sekadar ikhtiar sebagai hamba, jangan takabbur!

~ Jangar biar pasangan, anak-anak, saudara-mara, rakan sejawat, jiran kita TIDAK SOLAT!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkongsian input dari Forum Perdana  "Keluarga Tonggak Kecemerlangan Ummah" bersama 1RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja)
@ Kem Perdana Sungai Besi sempena Program Jati Diri JAWI & 1RAMD pada 15-17 Oktober 2014.

Dimoderatorkan oleh Ustaz Nik Mohd Marzuki Mohd Noor, para panelis terdiri daripada
Ustaz Mohd Zaidi B Ramli,Ustaz Baharuddin Idris dan Ustazah Fathiah Abdul Rahman.

Berita Program boleh dilayari di http://www.jawi.gov.my/my/arkib-berita-2/1358-bengkel-jati-diri-jawi-1ramd



Jazakumullah dan tahniah kepada semua panel, moderator & yang menjayakan forum malam ini...alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment