Tuesday, 21 October 2014

Hukum Pegang Anjing (Kontroversi Isu Semasa)

Saya kira ini perlu dan sangat relevan untuk dikongsi hari ini.

Hukum Pegang Anjing
------------------------------
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah - Jika terpegang dalam keadaan basah & perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Jika terpegang dalam keadaan kering maka tidaklah menjadi najis.


~ Pegang saja-saja
Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. Pun begitu, ini tidak boleh menjadi lesen untuk sengaja memegangnya tanpa sebab.


~ Penghalang Rahmat
Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana malaikat TIDAK masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing. Sabda nabi:
"Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih).

Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim).

Perbuatan menyelamatkan anjing yang terbiar walaupun baik, tetap tidak boleh dihebohkan. Apatah lagi penganjuran program menyentuh anjing dan berkongsi tentangnya di laman sosial amat perlu dielakkan! Ini kerana ia bakal menimbulkan fitnah dan kekeliruan di kalangan masyarakat seperti yang berlaku sekarang.

Jangan biarkan diri tertipu dengan anasir Liberal yang semakin membarah.

Moga hidup kita sentiasa dalam rahmat dan barakah Allah.

Sumber:
Ustaz Muhadir Bin Haji Joll Azzikraa Klfm-Rentak Interaktif Kota97.2mhz 201014 terbitan
Tn Hj Manan Selamat
Fb Dr Abu Anas Madani
Web: http://www.jais.gov.my/…/…/April/MaklumbalaspegangAnjing.pdf

No comments:

Post a Comment